Masa kunjungan Budiey ke Singapura minggu lalu, Budiey berpeluang memijakkan kaki di Mint Museum of Toys yang terletak di 26 Seah Street, Singapore. Memang seronok dan asyik jugak sebab Budiey dapat melihat barang permainan dari awal tahun 1920. Pergh…! Lama tu… memang barangan kat sini terpelihara dengan baiknya kat museum ni.
Ini dia, barangan permainan The Beatles yang dipercayai di zaman awal The Beatles muncul di persada dunia hiburan Hollywood.
Agak-agak, takde ke syarikat pengeluar barang permainan yang nak buat toy Dato’ Siti Nurhaliza?