Untuk makluman semua pembaca, kutipan filem Papadom untuk setakat 13 hari tayangan ialah RM 2.4 Juta. Sekarang ini, filem terbaik ini masih lagi ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia. Tahniah Tayangan Unggul dan Afdlin Shauki!!!
Selebriti pun dah ramai yang tonton. Kita ikuti apa kata mereka:
Aziz M Osman kata: “Saya benci Afdlin sebab buat saya menangis menonton PAPADOM”
Mawi kata: “Satu cerita yang boleh buat orang ketawa dan menangis, dicampur dengan mesej yang baik misalnya kita tahu betapa susahnya nak jaga anak perempuan ketika remaja dan lagi satu jalan ceritanya tak boring, setiap scene semua penting serta menghiburkan dan yang paling penting ia nampak selamba”
Mamat Khalid: “Saya suka work Afdlin dalam PAPADOM kerana nampak kematangannya dalam sudut pembikinan filem. Segala kerja-kerja disusun atur menjadikannya sebuah karya yang jujur dan vibrant.”
Tahniah!