Oleh sebab ramai yang dah bosan dengan lokasi yang sama setiap kali perjumpaan dibuat, jadi untuk gathering kali ke-4 ini saya telah memilih Berjaya Times Square sebagai tempat untuk bertemu dengan pembaca. Rasanya ramai yang masih ingat lagi gathering pertama (sambil menonton filem Jangan Pandang Belakang), gathering kedua (sambil menonton filem Sumolah), gathering ketiga (sambil menonton filem Waris Jari Hantu), semuanya dibuat di Suria KLCC. Sekali sekala beralih angin, rasa seronok pula kerana di Berjaya Times Square memang banyak pilihan restoran yang pelbagai. Lagi pun pawagan di sini juga masih lagi baru dengan tempat duduk yang lebih selesa.
Seperti yang dirancang, saya tiba di Golden Screen Cinemas dalam jam 10.15 pagi. Rupanya sudah ramai pembaca yang sedang menunggu untuk mengambil goodie bag masing-masing. Untuk kali ke-4 ini, bilangan pembaca telah meningkat sedikit. Terima kasih kepada yang sudi datang untuk turut sama meraikan hari jadi Budiey sambil menonton filem Kayangan. Mereka yang datang ialah Erin, Liza aka Cik Lijah, Zack, Wawa, Rizal, Saiful, Zianazone, Saman, 4 orang adik saman, kawan Saman, Salreani, Ekin, Farawahida, Rini, Syukri, Faiz Nordin, Liza, suami Liza, Hanny, Ezdihar, Deida, Ummu, Jannah dan kawan Ummu. Seramai 28 orang kesemuanya. Terima kasih juga kepada semua pembaca yang sudi memberi hadiah untuk Budiey. I really appreciate it.
Malangnya, Mazen katanya tidak dapat datang kerana demam. Nasib baik tiket belum dibelikan lagi. Kalau tidak, terpaksa lelong kat kaunter. Man Mixterr pula datang last minit sedangkan tiket sudah pun habis. Kesian. Sepatutnya call Budiey dulu sekiranya sampai lewat.
Selepas tayangan filem Kayangan jam 12 tenghari, kami berkumpul di Restoran Rasa Utara yang terletak di tingkat 3, Berjaya Times Square. Rata-rata pembaca suka dan seronok menonton filem Kayangan. Ramai yang perasan dengan suara Teuku Zacky yang asalnya menggunakan suara pelakon drama sitcom Gol & Gincu iaitu Ashraff Sincair. Bukan suara Hans Isaac. Tak kisahlah suara siapa pun, asalkan korang suka dengan cerita dan lakonan pelakon filem tu.
Macam biasa, bila dah jumpa korang, ada yang malu-malu nak bersuara sebab mungkin first time join. Sambil bercerita, sambil menjamu masakan utara pelbagai menu dan saya juga sempat potong kek coklat black forest untuk korang. Lebih kurang dalam jam 4 petang, semua bersurai. Sekiranya ada kekurangan sepanjang aturcara, Budiey minta maaf banyak-banyak. Sekali lagi, Budiey ucapkan terima kasih sebab sudi join gathering kali ini. Moga dapat jumpa lagi di perjumpaan yang akan datang. Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada Raden Pictures Sdn Bhd yang sudi menaja goodie bag kepada semua pembaca yang hadir.
[tags]gathering, perjumpaan, blogger, sensasi selebriti, hans isaac, hans-isaac.com, filem kayangan, ashraf sinclair, kek coklat, restoran rasa utara, masakan, resepi masakan utara, nasi lemak, daging rendang[/tags]