in

AIA Penaja Utama Konsert Taylor Swift The Red Tour di Kuala Lumpur

AIA Bhd., sebuah unit daripada AIA Group Ltd di Malaysia, yang merupakan syarikat insuran hayat senarai awam yang terbesar di seluruh pan-Asia, dengan bangganya mengumumkan penajaannya ke atas Konsert Taylor Swift The Red Tour, yang tiketnya telah habis dijual. Konsert ini akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun 2014, sebagai sebahagian daripada acara The RED Tour yang dibawa oleh Cornetto.

Untuk menambahkan lagi keseronokan dalam tempoh beberapa minggu sebelum bermulanya konsert, AIA Bhd. baru-baru ini melancarkan pertandingan di laman Facebook www.facebook.com/AIABhdMalaysia dan menjemput penyertaan dari semua peminat Taylor Swift yang ingin memenangi tiket konsert dan cenderahati eksklusif Taylor Swift. Berlandaskan kepada tema AIA Real Music Never Stops, peserta dijemput untuk berkongsi foto dan video yang menggambarkan maksud ungkapan “Real Music Never Stops” kepada mereka di dalam bentuk yang paling kreatif.

Taylor Swift The Red Tour di Kuala Lumpur

AIA Bhd. Sebagai Penaja Utama Konsert Taylor Swift The Red Tour di Kuala Lumpur

[dropcap]T[/dropcap]iga pemenang bertuah akan berpeluang untuk bertemu serta bergambar dengan Taylor Swift secara peribadi. Disamping itu, pemenang pertandingan juga akan diundang untuk menghadiri acara countdown eksklusif pada 31hb Mei 2014 – The AIA Red Party – di mana mereka akan menerima tiket konsert dan cenderahati Taylor Swift yang telah mereka menangi.

Selain dari pertandingan Facebook, AIA Bhd. juga akan menjalin usahasama dengan beberapa stesen radio dan penerbitan untuk melaksanakan beberapa siri pertandingan mini yang membolehkan peminat memenangi tiket konsert dan juga cenderahati eksklusif.

Penajaan konsert ini oleh syarikat insuran hayat tersebut, yang menampilkan bintang antarabangsa di dalam siri penjelajahan konsert yang berjaya memecahkan rekod ke seluruh dunia, memperkukuhkan lagi komitmen AIA di dalam usaha untuk menyokong perkembangan muzik kontemporari, dan menyelaraskan jenamanya dengan demografik tumpuan mereka – iaitu populasi Gen Y di Malaysia.

Bill Lisle, Ketua Pegawai Eksekutif, AIA Bhd., berkata:

“Di AIA, kami meyakini usaha untuk berkongsi pengalaman kehidupan yang sebenar dengan pelanggan, perancang hayat, pekerja dan masyarakat, oleh kerana itu kami melihat acara ini sebagai peluang terbaik bagi kami untuk berinteraksi dengan generasi muda dari pelbagai lapisan masyarakat dan membawa mereka untuk berkongsi pengalaman yang hebat ini bersama AIA, kerana di AIA, pengalaman muzik sebenar tidak pernah berhenti!”

AIA Bhd. menjalin usahasama dengan AEG Live, salah sebuah syarikat yang merupakan peneraju dunia di dalam industri hiburan, dan juga Parallel Media Group, agensi media dan hiburan sukan, di dalam penganjuran acara ini.

John Cappo, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif AEG Asia berkata:

“AEG berbangga untuk menjadi rakan jelajah Konsert Taylor Swift ke seluruh dunia. Kami berasa gembira untuk menjalin usahasama dengan AIA selaku Penaja Utama bagi persembahan konsert ini di Malaysia. Ia merupakan kunjungan sulung Taylor Swift ke Malaysia –pasaran di mana beliau memiliki ribuan peminat yang menghargai bakat beliau yang mengkagumkan. Konsert ini pasti hebat dan kami berterima kasih kepada AIA dan rakan usahasama kami di atas visi dan sokongan mereka.”

Susulan dari kejayaan syarikat insuran hayat ini membawakan konsert AIA K-POP di Kuala Lumpur tahun lepas yang menampilkan BEAST, 4Minute dan G.NA, AIA Bhd. berbangga untuk menjadi Penaja Utama bagi kunjungan sulung Taylor Swift ke Malaysia.

Konsert Taylor Swift Live in Malaysia RED ASEAN TOUR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brian Mcknight Teruja Persembahan Sulung di Kuala Lumpur

Drama Bersiri Fajar Aiman Lakonan Faralyna Idris