in

Sinopsis Novel Sonata Cinta Afro

Baru-baru ini, Budiey dah habis baca sebuah novel berjudul Sonata Cinta Afro. Novel Sonata Cinta Afro ini punya jalan cerita yang sangat berbeza dari kebanyakan novel yang ada di pasaran. Ia tidak melibatkan kisah kahwin paksa yang selalu jadi topik popular bagi sesebuah novel. Kisahnya tidak klise. Lain dari yang lain. Memang best baca. Kisah dalam buku ini punya nilai moral yang tinggi, menghormati orang tua, sanggup berkorban dan sangat menghormati wanita, bukan seperti kebanyakan novel yang heronya berwajah kacak, anak orang kaya, ego dan sombong dan selalunya bersifat buaya. Tetapi kelainan ini tidak diketahui pembaca kerana novel perlu dibeli dulu baru dibaca bukan macam lagu yang boleh didengar dulu baru dibeli.

Sonata-Cinta-Afro

Sinopsis Novel Sonata Cinta Afro

Nama aku Mohd Hakim, tapi orang panggil aku Afro. Sebab apa Afro? Entah… sebab rambut aku kut. Kembang macam sarang tebuan! Hidup aku luar biasa sikit. Ada keluarga tapi macam tak ada aje. Maklumlah… anak angkat. Tapi aku tak kisah asal ada tempat menumpang, cukuplah…

Cinta? Siapa yang tak mahu bercinta? Aku pun ada perasaan juga. Orang yang aku minat ni lain daripada yang lain. Dia punya karakter yang sangat istimewa bagi aku. Puas aku ngorat dia, boleh dia buat tak layan.

“Lepas tengok awak sanggup berkubang macam tu semalam, hati saya yakin, awaklah lelaki terbaik untuk saya.” – Samira.

“Bila saya dah macam kerbau berkubang, baru awak nak. Awak ni sebenarnya suka dekat saya ke, kat kerbau?” – Afro.

Itulah permulaan kisah cinta kami. Permulaan yang lucu belum tentu berakhir dengan bahagia. Aku suka Samira. Tapi…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Konsert UB40 Live in Kuala Lumpur

RTM Imbau Kembali Lagu Zaman 40an Dalam Senandung Kasih