in

Senarai Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous

SHE’S SIMPLY FABULOUS!
Impian Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous Akhirnya Bakal Realisasikan!

Perjalanan bagi sepuluh gadis yang menyertai rancangan realiti pertama Maybelline New York Simply Fabulous sudahpun berakhir. Pemenangnya telahpun diumumkan oleh pengacara Sarah Lian dan Henry Golding di dalam acara gilang-gemilang yang dibuat di Euphoria, Sunway Lagoon Resort malam kelmarin!

Nalinder Manoharan telah dipilih sebagai pemenang Maybelline New York Simply Fabulous! Keremejaan dan aura,keyakinan yang tinggi bersama kebijaksanaan memberi kelebihan pada dirinya  bagi memenangi pertandingan ini.  Panel hakim pada malam tadi di barisi oleh jurulatih dan tatarias artis dari Maybelline New York iaitu Kimberley Foo, pelakon dan pengacara TV, Sazzy Falak, jururias selebriti – Stevensunny dan Abhinav Sharma iaitu Direktor Pengurusan Strategik McCann Worldgroup.

“Pengalaman ini amat bermakna untuk Maybelline dan sepuluh peserta yang menjayakan rancangan ini! Tujuan utama rancangan Simply Fabulous ini ialah menyediakan platform kepada peserta-peserta bagi mencapai impian mereka. Saya bagi pihak Maybelline juga berharap agar penonton mendapat inspirasi dengan hanya menonton rancangan ini, kata Kua Theng Hong, Pengurus Besar,  Maybelline New York di Malaysia. Ini adalah rancangan realiti online 8TV yang pertama  dan kami sungguh teruja! Maybelline Simply Fabulous mementingkan keyakinan,kreativiti, semangat kerjasama  dan lain-lain. Kami berharap rancangan ini dapat mendorong  gadis-gadis Malaysia mencapai impian mereka”, komen Pengurus Besar 8TV, Cik  Lam Swee Kim.

Rancangan Simply Fabulous  memulakan pencarian gadis-gadis hebat yang berumur dari 18 hingga 30 tahun ini pada bulan Julai 2009 di seluruh pelusuk negeri.   Rancangan ini mencari gadis-gadis yang bercita-cita tinggi yang ingin  mencapai impian mereka seperti menyambung pelajaran, memulakan perniagaan atau membuat sesuatu yang  diingini. Lebih dari 1,200 penyertaan  diterima akan tetapi 100 peserta sahaja disenarai pendek dan dipanggil semula   untuk sesi kedua  ujibakat.  Beberapa peringkat temuduga dibuat dan akhirnya hanya 10 peserta terbaik berpeluang meneruskan cabaran ke rancangan realiti online ini.

Sepuluh (10) peserta Simply Fabulous yang terpilih datang dari pelbagai latarbelakang dan mereka bersemangat memasuki pertandingan ini. Peserta-peserta  Simply Fabulous  adalah Calista Wei Fen Leah Liew (22), Kimberley Cham Siang Fen (24), Susilawati Mohd Ariff (23), Steffanie Vanessa Schubert (19), Nalinder Manoharan (27), Preeta Sharenia Nithianantham (21), Zhareen Anshary (18), Ng Bei Shan (22), Nik Syifa Unnur Nik Aziz (22) dan Nurdiana Ashraf Abu Bakar (25).

Di dalam pertandingan ini, peserta-peserta terpaksa melalui cabaran-cabaran  seperti diuji skil menghias diri, pengetahuan mengenai fesyen,  skil bersosial dan kemahiran berkomunikasi. Oleh kerana rancangan ini disiarkan menerusi khidmat online, peserta-peserta juga disarankan  menggunakan  teknologi siber internet untuk menjana popularti bagi meraih undian orang ramai.  Peserta-peserta diminta mencipa laman sesawang sendiri untuk berkomunikasi dengan peminat seperti melalui Facebook, Youtube dan blog mereka kerana undian online merangkumi 30 peratus adri jumlah keseluruhan dan selebihnya iaitu 70 peratus lagi adalah melalui barisan panel  hakim.

Pemenang Maybelline New York Simply Fabulous berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa wang tunai yang ditaja sebanyak RM10,000, dan barangan produk bernilai lebih dari RM50,000.  Selain itu juga, pemenang akan diterbangkan ke New York untuk menghadiri jemputan ke minggu fesyen New York  dan berpeluang bertemu dengan juru tatarias terkemuka Maybelline. 

Pada malam ini juga beberapa anugerah lain disampaikan kepada pemenang.  Anugerah ‘Striking Confidence’ dimenangi oleh  Calista Wei Fen Leah Liew. Anugerah ini dipilih oleh sekumpulan `bloggers’ yang telah mengikuti rancangan online ini dari awal lagi. Manakala Anugerah ‘So Gorgeous’ yang diadili oleh rangkaian penjual Maybelline New York di seluruh Malaysia dimenangi oleh Nurdiana Ashraf bt Abu Bakar.  Setaip pemenang menerima produk-produk disamping bekas menyimpan peralatan produk Maybelline New York bernilai RM1,000.

Terdapat 18 mini webisodes Maybelline New York Simply Fabulous  yang telah disiarkan di website 8TV selama 3 minggu.  Rakaman rancangan pertandingan akhir ini akan disiar di 8TV pada 18 Oktober 2009 pada pukul 10.00 malam. Anda juga berpeluang menonton program ini secara online menerusi laman www.8tv.com.my/simplyfabulous.

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 di Astro! Selain dari itu, anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

PENGHARGAAN KEPADA PENAJA

Twenty One Kitchen + Bar
Levi’s ®
Threesixty° Photography
JoJoba Spa
Maxis Communications
Cadbury
Le Ann Maxima

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat Mencari Pelakon Filem RATU

Sinopsis Majalah 3 Menggenggam Warisan