in

Senarai Peserta Kilauan Emas Musim Ke-4

Pada jam 3 petang, 15 April 2014, berlangsung sidang media Astro Prima mengumumkan senarai barisan peserta Kilauan Emas musim ke-empat di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Seramai 13 peserta bakal berentap dalam program realiti Kilauan Emas musim keempat yang bakal berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Rabu bermula 23 April ini. Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran di Astro Prima (105). Program ini masih mengekalkan pengacara musim sebelum ini iaitu penyampai radio Sinar FM, Raja Azura.

Senarai Peserta Kilauan Emas Musim Ke-4 ialah Wakgan, Ben, Joi, Nas, Zain, Nordin, Arip, Silva, Aziana, Maya, Leewah, Raida dan Hayati.

Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, peserta kali ini lebih bersedia dan memahami konsep program tersebut selepas tiga musim bersiaran.

“Apa yang saya lihat kesemua peserta kali ini memang sudah bersedia daripada segi persembahan dan kebanyakan mereka yang datang uji bakat sudah tahu apa yang kami mahukan. Peserta yang terpilih ini mempunyai kekuatan dan personaliti berbeza yang mana saya yakin dapat memberi persaingan dan mewarnai pertandingan ini.”

Dalam pada itu, tiga orang juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta mengikut kriteria yang ditetapkan.

Juri yang dipilih ialah pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS, penyanyi tersohor Ziana Zain dan seorang juri undangan yang akan bertukar ganti setiap minggu. Sementara itu individu lain yang turut terlibat ialah Datuk Adnan Abu Hassan yang bertindak sebagai guru nyanyian, Siti Hajar (guru vokal), Shah (Slam – Guru muzik) dan Ahmad Kassan (Guru Tarian).

Program ini masih mengekalkan format yang sama iaitu pemarkahan dinilai sebanyak 70 peratus daripada juri tetap, manakala 30 peratus melalui undian penonton menerusi Sistem Khidmat Pesanan Ringkas ( SMS). Juara Kilauan Emas bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry berserta sebuah trofi.

Manakala pemenang tempat kedua bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 dan sebuah kereta Nissan X Gear serta sebuah trofi.

Sementara tempat ketiga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

Kilauan jiwa muda kembali beraksi! Siapakah di antara 13 otai iaitu Wakgan, Ben, Joi, Nas, Zain, Nordin, Arip, Silva, Aziana, Maya, Leewah, Raida dan Hayati yang bakal memikat hati juri tetap iaitu Dato’ Haji Ramli MS & Ziana Zain? Sama-sama kita saksikan kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Demo Run PETRONAS 2014

Paul Walker Dapat Pengiktirafan Di MTV Movie Awards 2014