in

Shila Amzah Berjaya Tempat Ketiga dalam I Am A Singer 2014

Budiey nak ucap tahniah jugak buat penyanyi Shila Amzah yang berjaya dinobat tempat ketiga dalam pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsa, China pada hari Jumaat, semalam. Satu kejayaan sebenarnya walaupun Shila Amzah tak berjaya jadi juara, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, Shila Amzah mengharumkan nama negara Malaysia di bumi China. Betul tak?

Shila Amzah Makin Mara Dalam I AM SINGER di China

Tahniah buat Han Lei dari China yang berjaya jadi juara  I Am A Singer 2014 dan tak lupa kepada penyanyi dari Hong Kong, G.E.M menggondol tempat kedua. Sememangnya diorang layak kerana peminat Han Lei dan G.E.M sangat ramai dan meriah kat sana.

Dalam pada itu, di pertandingan akhir tersebut, Shila juga bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Pada pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ yang dinyanyikan oleh Whitney Houston dan Mariah Carey manakala di pusingan kedua pula, Shila melangkah solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul ‘Mama’ nyanyian Exo-M.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Glenn Fredly Sabda Rindu di Istana Budaya

Selebriti Stailo Bakal Hangatkan Anugerah Stail EH! 2014