in

Selebriti Stailo Bakal Hangatkan Anugerah Stail EH! 2014

Setiap tahun Anugerah Stail EH! pasti menghiasi kalendar acara hiburan di Kuala Lumpur. Majalah urban nombor satu di Malaysia itu tidak mahu membiarkan kalendar kosong tanpa penganjuran Anugerah Stail EH! 2014 yang akan berlangsung pada bulan Mei ini. Anugerah Stail EH! 2014 bakal memilih pemenang berdasarkan kriteria menyeluruh dari segi imej penampilan, stail, aura seksi, berpersonaliti menarik dan bakat. Kembali dengan lebih hangat dengan selebriti yang stailo habis, borang pencalonan sudah pun diedarkan kepada pembaca di laman sesawang eh.com.my yang menampilkan nama-nama besar dan selebriti popular tempatan. Jadi, apa kata korang undi sekarang!

Selebriti Stailo Bakal Hangatkan Anugerah Stail EH! 2014

[pullquote]Bertemakan malam gemilang pesona bintang meraikan gaya, ritma dan drama dalam nuansa temasya penuh glamor, calon lima terbaik bagi 14 kategori yang dipertandingkan sudah pun dikeluarkan dan ini bermakna undian boleh dilakukan.[/pullquote]

Budiey nasihatkan supaya anda bijak memilih selebriti pujaan anda. Undilah calon yang anda rasakan ada stail, ada aura dan berketrampilan menarik samada di depan peminat atau di belakang peminat. Selain menyerah kuasa mutlak kepada pembaca majalah EH!, anugerah ini menampilkan panel juri yang dilantik untuk memilih calon akhir bagi setiap kategori oleh editorial EH! bersama tiga panel jemputan iaitu Ayie Ali (Editor Stailista Portal Murai), Tengku Azura (Supermodel) dan Zaihani M Zain (Perunding Penata Gaya).

Tahun ini, anugerah paling dinantikan ini begitu bertuah kerana dapat menjalinkan kolaborasi dengan jenama antarabangsa A/X Armani Exchange.

Anugerah Stail EH! 2014

Bagaimana Untuk Mengundi di Anugerah Stail EH! 2014

Senang je nak mengundi. Pembaca hanya perlu mendapatkan majalah EH! edisi Mac dan April untuk memilih siapa yang paling layak untuk memenangi trofi bagi setiap kategori.

Kategori Selebriti Wanita Paling Bergaya misalnya menampilkan lima jelitawan dengan empat daripadanya adalah pelakon dan seorang penyanyi iaitu Bella Dally, Fazura, Sazzy Falak, Scha Alyahya dan Yuna. Sementara bagi kategori Selebriti Lelaki Paling Bergaya pula, rocker terkenal Amy Search satu-satunya calon paling senior di antara finalis lain seperti Awal Ashaari, Bront Palarae, Nazim Othman dan Ryzal Jaafar.

Bagi kategori seterusnya yang menjadi idaman setiap wanita iaitu Selebriti Wanita Bentuk Badan Cantik menyaksikan persaingan antara dramatis Anzalna Nasir, Fouziah Gous, Rozita Che Wan, Sharifah Sakinah dan Tasha Shilla. Manakala bagi kategori lelaki pula, Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak membariskan jejaka kacak seperti Anding, Keith Foo, Nazim Othman, Remy Ishak dan Ryzal Jaafar.

[pullquote]Satu lagi kategori yang cukup panas pertandingan adalah Selebriti Wanita Paling Seksi yang menyenaraikan nama artis jelita seperti Nur Fathia, Marsha, Nabila Huda, Neelofa dan Siti Saleha. Sementara bagi kategori Selebriti Lelaki Paling Seksi pula menyaksikan calon seperti Adi Putra, Bront Palarae, Farid Kamil, Hans Isaac dan Remy Ishak.[/pullquote]

Dalam menghasilkan fotografi yang luar biasa, selain berpandukan konsep, teknik pencahayaan serta kepada kepakaran jurugambar, tidak dapat dinafikan keupayaan seseorang artis itu juga memainkan peranan yang cukup penting. Bonus sekiranya mereka itu dikurniakan wajah fotogenik.

Untuk kategori Selebriti Paling Fotogenik menampilkan selebriti ternama seperti Cristina Suzanne, Datuk Siti Nurhaliza, Nora Danish, Scha Alyahya dan Wawa Zainal akan berentap.  Selain daripada kategori yang menjurus kepada personaliti, Anugerah Stail EH! turut mengutamakan kejayaan dilakar seseorang artis menerusi kategori Selebriti Pencapaian Terbaik. Untuk kategori berkenaan, penyanyi Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Shila Amzah, Yana Samsudin dan Yuna, masing-masing dilihat mempunyai peluang.

Bagi kategori Selebriti Pilihan Kulit Majalah, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi dicalonkan bersama Izara Aishah, Nora Danish, Fazura dan Yuna, manakala finalis untuk Pasangan Selebriti Pilihan menyaksikan pasangan popular, Aeril Zafrel & Wawa Zainal, Awal Ashaari & Scha Alyahya, Noh & Mizz Nina, Zain Saidin & Rozita Che Wan serta Yusry & Lisa Surihani.

Tidak hanya golongan selebriti, Anugerah Stail EH! 2014 masih mengekalkan kategori Jurusolek Selebriti Pilihan bagi menghargai golongan ini yang mana sentuhan sentiasa mencipta ‘magis’ untuk golongan selebriti sentiasa tampil jelita dan menawan. Lima jurusolek terkenal yang berentap dalam kategori ini adalah Bosco, Emmy Agung, Khir Khalid, Najeeb Azami dan Tiar Zainal.

Sementara itu, bagi kategori Pereka Fe­syen Selebriti Pilihan pula, Fairuz Ramdan, Hatta Dolmat, Jovian Mandagie, Nurita Harith dan Rizman Ruzaini, antara calon pilihan sejak beberapa tahun lalu.

Menyedari pembabitan model begitu penting dalam penerbitan Majalah EH! yang mempunyai ruangan fesyen cukup meluas, penganjur tidak ketinggalan memperkenalkan kategori Model Majalah Pilihan yang menampilkan calon seperti Ahya Rosli, Anna Syuhada, Dayang Atikah, Deanna Ibrahim dan Eryna Salim.

Manakala untuk kategori yang terakhir iaitu Selebriti Harapan Pilihan, bintang muda tempatan seperti Cristina Suzanne, Emma Maembong, Forteen, Kaka dan Nad Zainal bertuah kerana disenarai pendek.

Menyerahkan 100 peratus kepercayaan kepada peminat untuk membuat undian, ia boleh dilakukan menerusi online di laman web www.eh.com.my.

Selain itu borang yang lengkap diisi perlu dihantar ke Anugerah Stail EH! 2014, Blu Inc Media Sdn Bhd, Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Section 13, Petaling Jaya, Selangor.

Borang undian juga boleh dikirimkan ke kaunter Butik A|X Armani Exchange di Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, The Gardens, One Utama dan Sunway Piramid.

Anugerah Stail EH! 2014

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Berjaya Tempat Ketiga dalam I Am A Singer 2014

Maya Karin Cover Girl Majalah EH! Keluaran April 2014