Ahli silap mata tersohor, Mahdi Moudini akan menerima anugerah Tokoh Merlin untuk kali ketiga – “Best Illusionist in Malaysia 2014, hari ini di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, yang juga penaja untuk majlis hari ini. Anugerah berprestij ini diberikan kepada Mahdi kerana banyak sebab. Salah satu sebab adalah kerana sumbangan beliau ke arah mempromosikan Malaysia selama ini.
Ini merupakan Anugerah Merlin ketiga dari badan ahli silap mata berprestij dunia, International Magicians Society (IMS). Anugerah Merlin pertama yang diterima oleh Mahdi adalah untuk gelaran ‘Ahli Silap Mata Iran Terbaik 2012’ dan yang kedua adalah untuk Anugerah ‘Silap Mata Ekstrimis 2013 pada tahun lepas. Selain itu, beliau juga telah dianugerahkan ‘Doctor of Magic Awards’.
Mahdi sepatutnya menerima anugerah ini di Las Vegas tetapi disebabkan isu-isu nasional dan politik, dia tidak dapat hadir ke Amerika Syarikat dan disebabkan itu, Tony Hassini, Presiden IMS membuat keputusan untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menyampaikan anugerah ini kepada Mahdi.
Lain-lain tokoh ahli silap mata yang telah dianugerahkan pengiktirafan yang sama pada masa lalu adalah David Copperfield, Criss Angel, Siegfried, Roy, Pen and Teller, Tabary, Jeff McBridge, Rocco dan Bill Malone.
Mahdi telah memenangi Anugerah Merlin tiga tahun berturut-turut kerana dia mempunyai pakej keseluruhan untuk kriteria ‘Ahli silap mata antarabangsa’.
“Beliau adalah seorang ahli silap mata sangat berbakat dan sangat berdisiplin. Tangannya cepat, dia berbakat besar, original dan dia mempunyai gaya persembahan yang baik,” kata Tony, yang juga pengasas 37,000 ahli IMS yang ditubuhkan pada tahun 1968 dan disenaraikan dalam Guinness World Records sebagai Dunia Terbesar Persatuan Magic.”
Untuk majlis hari ini, Mahdi juga telah menjemput sekumpulan kanak-kanak istimewa dari Tasputra Perkim untuk menjadi tetamu bersama-sama Pengerusi dan Pengasasnya, Puan Hajjah Elahe Norman. Tasputra merupakan rumah bagi lebih daripada 50 kanak-kanak istimewa, beroperasi di Ampang Hilir. Mahdi adalah salah seorang dari penyumbang yang aktif dalam aktiviti Tasputra dan beliau juga amat prihatin tentang kebajikan dan keperluan kanak-kanak khas ini.
Disebabkan itu, Hajah Elahe memutuskan untuk menganugerahkan Mahdi dengan sijil penghargaan untuk mengenang semua sumbangannya selama ini. Kehadiran anak-anak Tasputra sebagai tetamu khas adalah satu cara Mahdi berkongsi kejayaannya.
“Kanak-kanak khas ini mempunyai tempat istimewa di hati saya. Tak kira dimana saya berada, fikiran saya sentiasa bersama mereka,” katanya.
24 April ini, Mahdi akan berangkat ke Swaziland atas jemputan Raja Swaziland, King Mswati III untuk meraikan hari lahirnya pada tarikh tersebut.
Raja Swaziland sangat bermurah hati untuk memberi layanan VIP dan penginapan kelas pertama serta pengangkutan mewah sepanjang 2 minggu beliau tinggal di sana.
Raja Swaziland begitu kagum dengan bakat Mahdi ketika beliau menyaksikan silap matanya di Langkawi tahun lalu. Begitu berkesan magis yang diperlihatkan itu sehinggakan Raja Swaziland mengambil keputusan menjemputnya sebagai tetamu khas untuk hari lahirnya.
Ahli silap mata yang berbakat besar dan berusia 35 tahun itu, mendapat latihan dari datuknya, Ibrahim Moammer dan bapa, Esmaeil Moammer, kedua-duanya merupakan ahli silap mata terkemuka di Iran. Beliau memulakan persembahan silap mata ketika berusia lima tahun dari tempat tinggalnya di Karaj, Iran.
[pullquote]Mahdi boleh dianggap jelmaan ahli silap mata terkenal iaitu David Copperfield. Oleh kerana dia berasal dari keluarga ahli silap mata terkenal dan generasi ketiga Master Magician, tidak memeranjatkan beliau paling layak untuk menerima Anugerah Merlin selama tiga tahun berturut-turut.[/pullquote]
Mahdi dilahirkan dan dibesarkan di kota Tehran, Iran. Beliau memulakan aktiviti silap mata di usia yang sangat muda dan selama lebih 30 tahun, Mahdi tekun mempamerkan kemahirannya.
Pada usia 18 tahun, Mahdi mengambil langkah berani menetap di Kuala Lumpur disebabkan pergolakan politik di Tehran yang beliau bergerak aktif dalam seni silap mata. Beliau kini merupkan ahli silap mata terkenal di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara.
Sejak itu, Mahdi telah berjaya menawan ramai peminat silap mata dengan kemahiran beliau dan bakatnya yang hebat. Persembahan silap matanya berjaya menawan hati baik di peringkat nasional mahupun di peringkat dunia.
Beliau memukau penonton dengan ketangkasan tangannya yang cepat dan mempesona, gerakan mahir dan skillnya melakukan silap mata sehingga ramai yang kagum termasuk tokoh-tokoh terkenal seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Mahathir serta banyak kenamaan termasuk dari negara luar.
Mahdi merupakan ahli silap mata yang disegani kerana dia melaksanakan ilusi yang unik dan ajaib, yang tidak terjangkau dek imaginasi fikiran kita.
Kemahiran tangan beliau begitu sempurna dan begitu pantas dan dia juga mempunyai stail tersendiri apabila melakukan silap mata tidak kira apa objek yang digunakan seperti duit syiling, duit kertas, tisu, bunga, atau tali. Begitu pantas dan magis tangan Mahdi sehinggakan tangannya diinsurankan untuk sejumlah wang yang besar!
Untuk mengekalkan silap mata warisan keluarga, Mahdi telah pun mula melatih anak-anaknya Marchelin, 5, dan Prince Maddix, 3, dalam dunia silap mata. Anak perempuannya menunjukkan bakat yang besar apabila di usia 5 tahun, mampu melakukan 15 teknik silap mata.
Antara keajaiban silap mata yang meninggalkan kesan yang pernah dilakukan oleh Mahdi ialah Memenggal Kepala, Back To Life, Elevitasi/ Terapung, The Chopper Tangan dan The Escape (digari atau diikat).
Selain mahir bermain api, pisau dan hilang dari pandangan, Mahdi juga amat mahir dengan tali dan dengan mudah dapat melepaskan diri dari segala macam ikatan atau simpulan mati.
Mahdi menerima undangan sebanyak 250 untuk acara korporat setahun, dan kadang-kadang sehingga tiga persembahan dalam satu hari. Tetamunya termasuk kerabat Diraja, orang kenamaan, VIP dan ahli korporat termasuk dari dalam dan luar negara.
Berpegang teguh kepada etika dan kod rahsia ahli silap mata, Mahdi tidak pernah mendedahkan sihirnya kepada sesiapa pun termasuk isterinya.
“Anda perlu menyimpan rahsia untuk mengekalkan misteri profesion. Jika anda mendedahkan rahsia, sihir itu seolah seperti ‘dibunuh’ dan tidak ada apa yang magis lagi. Adalah penting bagi ahli silap mata untuk menjadi mahir dalam perdagangan dan memiliki gaya tertentu yang berbeza sebagai satu personaliti. Untuk terus berada di hadapan dan cemerlang di dalam bidang ini, ahli silap mata perlu mengamalkan banyak latihan. Beberapa trick atau magik adalah tidak ternilai dan idea mungkin mudah tetapi boleh digunakan dalam pelbagai cara lain. Ahli silap mata yang benar-benar baik harus melakukan latihan sekurang-kurangnya 18 jam sehari dan bersenam selalu,” katanya.
Mahdi juga merupakan personaliti TV kini apabila beliau muncul dalam 108 Media Holdings Sdn Bhd dalam program televisyen ‘Magical Moudini’ yang memaparkan pengembaraan Moudini sebagai ahli silap mata. Konsep program ini hampir sama dengan David Blaine ‘Street Magic’. Program berdurasi selama 1 jam itu dirakamkan sebanyak 13 episod dan melibatkan campuran street magic dan ilusi yang bercorak kompleks. Kesemuanya adalah hasil dari imaginasi dan idea Mahdi.
Siri ini dijadualkan ke udara di rangkaian tempatan tidak lama lagi dan akan dapat ditonton dalam talian pada masa akan datang.
Mahdi kini dikenali sebagai ‘Raja Illusi’ dan seperti yang direncanakan, beliau akan melangkah ke persada dunia bila-bila masa sahaja. Pada tahun ini sahaja, Mahdi akan muncul di beberapa buah negara untuk menunjukkan skil dan kemahirannya sebagai ahli silap mata terkemuka!