Baru-baru ini, Budiey sempat menjengah set lokasi pengambaran drama bersiri JODOH 2 yang terletak di sebuah lokasi kediaman mewah, The Glades, Putra Heights, Subang Jaya. Budiey difahamkan harga rumah kat sini bukan sejuta dua tapi harga dia boleh cecah RM5juta! Wow! Inilah pertama kali Budiey sampai di kediaman mewah dan elit The Glades, ternyata Budiey terpesona dengan keindahan alam dan binaan rumah banglo tiga tingkat yang moden dengan hiasan dalaman yang cukup elegan, dilengkapi dengan lif! Haha, first time gak tengok rumah ada lif nih. Korang pernah tengok rumah ada lif? Hehe, rasa macam jakun jap. Terima kasih kepada KL Motion Pictures yang sudi jemput Budiey ke set lokasi pengambaran drama bersiri JODOH 2 ni, Kalau tak, memang tak kenal dengan tempat yang cukup ekslusif nih.
Semasa kat The Glades, Budiey sempat hang out dan lepak-lepak dengan beberapa orang pelakon macho dan sempat menemubual salah seorang pelakon drama bersiri JODOH 2 bernama Mustaqim Bahadon. Dialah pelakon pertama yang Budiey jumpa dan borak-borak masa kat sana. Nampak muka dia macam serius, tapi sebenarnya, dia sangat peramah.
Mustaqim, jejaka kacak yang berasal dari Perlis ini memegang watak seorang lelaki metrosesksual dalam drama JODOH 2 bernama Raja Gufran, berkarier sebagai akauntan. Selain berlakon, Mustaqim bekerja sebagai model dan personal trainer sepenuh masa di gym. Haa, jangan tak tahu, Mustaqim Bahadon ni dah jadi duta kepada gedung Jakel selama empat tahun.
“Saya mahu cuba watak yang tak pernah saya cuba sebelum ini. Syukur alhamdulilah, KL Motion menawarkan saya untuk memegang watak yang mencabar. Seperti watak metroseksual untuk drama ini. Watak Raja Gufran ni memerlukan saya menjaga ketrampilan, pakai lens warna kat mata, jadi saya harap penonton JODOH 2 dapat menerima watak seperti ini. Watak ini agak sukar juga sebab saya terpaksa menjadi orang lain.†- Mustaqim Bahadon
Kalau ada yang belum kenal lelaki bermata tajam ni, Mustaqim bukanlah seorang yang tak bersosial sebaliknya, jenis yang suka bergaul dengan semua orang dan yang penting dia seorang yang bersikap positif dan suka belajar daripada pengalaman. Dalam drama JODOH 2 ini, trademark untuk Raja Gufran ialah, dia selalu menyikat rambut dengan tangan. Kononnya nak nampak kemas walhal kalau guna sikat lagi elok dan dengan gaya macam tu, Raja Gufran akan nampak lebih macho. Nak tahu lebih lanjut tentang watak metroseksual, anda kena tonton drama bersiri JODOH 2 ini pada hari ini, 7 April 2014 di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).
[pullquote]Jodoh 2 adalah sebuah drama berbentuk realiti, kali ini taglinenya… WANITA ATAU HARTA? Kalau musim pertama, Jodoh memaparkan kisah realiti sepuluh wanita berebut cinta seorang jejaka. Kali ini, pencari jodohnya adalah wanita (Gadis Jodoh) yang membabitkan persaingan seramai sepuluh peserta lelaki. Jadi, siapakah yang akan berjaya ke pusingan akhir? Korang kena saksikan sendiri la ye.[/pullquote]
Selain Hanis Zalikha yang juga penulis blog popular yang kini menempa nama sebagai pengacara dan pelakon, drama ini turut mempertaruhkan pendatang baru, Fadlan untuk memegang watak utama sebagai Nik Fahmi. Tidak ketinggalan, penampilan penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura Aliff Aziz (Syed Azmi) dan pendatang baru, Jannah Nik (Elle). Barisan pelakon lain yang turut memantapkan lagi drama bersiri ini ialah Mustaqim Mohamed (Zulkifli), Mustaqim Bahadun (Raja Gufran), Syahir Hazman (Engku), Aizad Akmal Ahmad (Wan Firdaus), Ku Hariz (Megat), Hanaffy Amril Ramli (Dr Yunus), Aizat Ishak (Tajuddin), Mohd Redho Rozlan (Lazim) dan Susan Lankester (Nora).
Tak cukup lagi info yang Budiey kasi ini, apa kata korang tonton video temubual eksklusif bersama Mustaqim Bahadon kat atas ni. Tonton tau!
Gambar Mustaqim Bahadon Pelakon Drama Jodoh 2