Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators aka pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!
Anda mahu menghadiri Tayangan Premiere GODZILLA – Sensasi Selebriti bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi hebat di dewan 3D yang cukup mengujakan!
Ya, Budiey dah pun menonton trailer filem ini, ternyata filem ini mengingatkan Budiey dengan filem blokbuster Godzilla yang sebelum ini termasuklah yang pernah ditayangkan pada tahun 1998. Siapa masih ingat? Kalau anda masih ingat, baguslah, bermakna anda perlu tonton filem terbaru GODZILLA ini di pawagam kerana versi ini lebih menarik dan lebih dramatik.
Menariknya, filem GODZILLA versi terbaru ini menghidangkan aksi penuh suspen dan kejutan. Untuk info pembaca, filem Godzilla yang pertama ditayangkan pada tahun 1954, kemudian kita dapat saksikan sekali lagi ianya di-remake Godzilla ditayangkan pada tahun 1998.
Dilakonkan oleh Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, Bryan Cranston dan ramai lagi, filem GODZILLA akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 15 Mei 2014.
Sinopsis Filem GODZILLA :
The world’s most famous monster is pitted against malevolent creatures who, bolstered by humanity’s scientific arrogance, threaten our very existence.
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 140 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
14 Mei 2014 (Hari Rabu)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
TGV Sunway Pyramid
Movie Rated: 18
Sebanyak 140 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere GODZILLA – Sensasi Selebriti di TGV Sunway Pyramid. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Betul atau salah: Filem GODZILLA yang pertama pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 1954.
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere GODZILLA – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Tayangan Premiere GODZILLA – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
10 Mei 2014
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 14 Mei 2014 di pawagam.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.