in , , ,

Teater PROJEK KAHWIN Lakonan Izzue Islam & Hanez Suraya

Teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun 2014 di Panggung Sari, Istana Budaya turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, penyanyi Kaka Azraff, Kilafairy, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi.

Teater arahan Muhammad Azri Ali ini dikatakan ada kekuatan dan keunikan tersendiri dari segi skrip dan barisan pelakonnya. Selain mempertaruhkan pelakon popular sedia ada, teater ini mengetengahkan penggiat teater indie yang cukup berbakat, seperti Sherry Alhadad, Atoi Tohet, ZulinAziz, Fazleena Hisahmuddin, Shahkimin dan Azhar Zainal.

Desas-desus mengenai pengunduran pelakon Hanez Suraya daripada membintangi teater Projek Kahwin akhirnya terjawab apabila pelakon ini akan dikekalkan untuk empat hari pementasan iaitu pada 11 hingga 14 Jun manakala pementasan awal dari 6 hingga 10 Jun akan digantikan oleh pelakon Kilafairy.

Projek Kahwin

Selepas kejayaan teater Maduku Kalut tahun lalu, produksi Mask Team, sekali lagi mempertaruhkan karya terbaharu, Projek Kahwin. Namun, kali ini, Mask Team bergabung dengan IIAN Enterprise dengan pementasan berbentuk dokumentari berdurasi selama dua jam.

Teater ini merupakan projek akhir ketika bergelar pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Jalan cerita teater ini mengisahkan suasana yang berlaku dalam sesebuah perkahwinan masyarakat Melayu khususnya.

Setiap watak digambarkan berdasar peribadi sebenar masyarakat Malaysia. Sempena teater itu, turut diadakan pameran pengantin ‘Projek Kahwin’ di lobi Istana Budaya bermula 11 hingga 15 Jun.

Gandingan antara pelakon komersial dan indie ini pastinya menjadi tarikan utama penonton untuk menyaksikan naskah terbaharu mereka di panggung berprestij itu.

“Kami bersyukur apabila buah tangan kedua Mask Team ini diberi penghargaan untuk dipentaskan di pentas lebih besar, Panggung Sari selepas teater pertama kami mendapat sambutan di luar jangkaan, tahun lalu. 

Kali ini kami kembali sekali lagi dengan membawa Izzue Islam sebagai teraju utama teater ini selepas dia berjaya menghayati wataknya dengan baik ketika pementasan Maduku Kalut.”

“Sebanyak 35 gerai akan mengambil bahagian dalam acara tersebut yang melibatkan perunding perkahwinan, kursus kahwin, pereka tempatan dan pelbagai pakej menarik perkahwinan.”

“Pasangan Rizal dan Nisa, merupakan bakal raja sehari yang berhadapan dengan pelbagai masalah. Kekalutan mula berlaku apabila keluarga kedua belah pihak masuk campur dalam urusan mereka perkahwinan mereka. 

Mereka perlu menyelesaikan masalah tersebut agar segala perancangan berlangsung dengan baik.”

“Malah setiap isi cerita yang disampaikan merupakan kajian yang telah dilakukan terlebih awal sebelum dipentaskan. Saya percaya penonton pasti terhibur menonton telatah para pelakon setelah majlis yang rancang menjadi haru biru.”

– Izzue Islam

Tiket boleh didapati dengan harga RM35, RM55, RM85, RM155, RM185 dan RM255 (Platinum). Tiket untuk pementasan ini boleh didapati di AirAsiaRedTix.com dan di kaunter BoxOffice Istana Budaya,

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anuar Zain Penghias Muka Depan Majalah STUDIO H

RizmanRuzaini Lancar ZZforRR Collection