UB40 adalah kumpulan reggae paling berjaya di sepanjang zaman selepas mencatat jualan album lebih tujuh juta unit di seluruh dunia dan buat sekian kalinya bakal menghiburkan semua peminat di Malaysia yang akan diadakan pada 9 April 2014, hari Sabtu jam 8 malam bertempat KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur anjuran UCS Clockwork.
Tiket UB40 Live In Kuala Lumpur dijual pada harga RM158 (aras bawah) dan RM258 (aras atas – VIP).
Tiket Konsert UB40 Live in Kuala Lumpur boleh dibeli menerusi talian Ticketpro Malaysia iaitu 03-78807999 atau di www.ticketpro.com.my atau talian hotline, 017-3555134. Ia turut dijual di Rock Corner, Muzik Valley, Victoria Music dan Guitar Store.
Persembahan Pertama UB40 di Malaysia
Konsert UB40 yang mengenakan tiket berharga RM158 dan RM258 itu juga merupakan kunjungan pertama kumpulan itu ke negara ini selepas lama menyepikan diri daripada bidang muzik di peringkat antarabangsa. Kumpulan ini pernah bertukar beberapa orang anggota tetapi kali ini mereka akan tampil dengan anggota-anggota asal termasuklah Ali Campbell selaku penyanyi utama dan pemain gitar kumpulan popular tahun 1990-an itu.
Pihak UCS Clockwork tidak menghadapi masalah untuk membawa UB40 ke Malaysia kerana mereka kini sedang dalam rangka siri konsert bergerak di rantau ini. Penganjur yakin mampu menarik ramai peminat pada konsert itu nanti. Apatah lagi KL Live mampu memuatkan hampir 5,000 pengunjung dan kebanyakan lagu UB40 seperti Falling In Love, Red Red Wine dan Kingston Town masih diminati sehinggalah ke hari ini.
Peraduan Menang Tiket Konsert UB40 Live in Kuala Lumpur
[dropcap]R[/dropcap]amai pembaca yang tak sabar untuk memenangi tiket dari Budiey.com. Okay, jangan risau, Budiey ingin memberi peluang kepada anda khususnya peminat kumpulan UB40. Budiey ada 20 tiket untuk diberikan kepada 10 orang pembaca Budiey.com (setiap pembaca yang menang akan dapat dua keping tiket) dengan hanya menyertai peraduan di bawah ini. Good luck buat semua ya!
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, sila berikan komen apa sahaja berkenaan dengan Konsert UB40 di ruangan komen yang disediakan. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila LIKE Fanpage Budiey.com : www.facebook.com/budieydotcom , Follow Twitter : @Budiey & Instagram: Budiey & hashtag #BudieyDotCom
3. Sila cipta slogan kreatif anda dan ada 3 perkara wajib anda perlu buat:
- Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu ke emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertUB40. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu ke #KonsertUB40 bersama @budiey kerana…. (tidak lebih dari 140 huruf)
4. Sila cipta slogan paling kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter anda dengan hashtag yang diberikan.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #KonsertUB40. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu ke #KonsertUB40 bersama Budiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu ke Konsert UB40 kerana…. (tidak lebih daripada 30 patah perkataan)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Menang Tiket Konsert UB40 Live in Kuala Lumpur
Tarikh tutup peraduan:
7 April 2014
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada UCS Clockwork dan Warner Music Malaysia kerana sudi memberi hadiah tiket kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.