Dugaan datang bersama hikmah. Hidup ibarat roda, tak selamanya berada di bawah dan tak selamanya berada di atas. Begitulah dengan hidup Jaslina yang diuji dengan pelbagai dugaan sehingga kehilangan tempat untuk mengadu nasib. Apakah nasibnya akan berubah dan Jaslina dapat menemui kebahagiaan selepas apa yang telah berlaku dalam hidupnya?
Terbaharu di slot Azalea, terimalah buah tangan daripada pengarah berbakat besar, Emi Suffian, iaitu “JANJI JASLINA” yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang bermula 31 Mac 2014. Drama bersiri 20 episod terbitan Orangetree Production dan nukilan skrip oleh Azmy Mohd Arif ini menampilkan barisan pelakon handalan tanahair seperti Eira Syazira (Jaslina), Norman Hakim (Johan), Almy Nadia (Rahayu), Nizen Ayob (Dr Arif), Ana Dahlia (Atira), Shaharudin Thamby (Pak Ayob), Fadilah Mansor (Mak Kiah), Mustafa Kamal (Dato Kamal’), Raja Emma (Datin Nora), Erry Putra (Fiq) dan adik Wafiy Irfan Ariffin (Iman).
JANJI JASLINA ISI SLOT AZALEA Hikmah Di Sebalik Dugaan
[dropcap]J[/dropcap]ANJI JASLINA mengisahkan pasangan suami isteri, Jaslina dan Johan yang dianugerahkan 2 orang anak, Nina dan Iman. Jaslina berkahwin dengan Johan pada usia yang muda. Apabila Nina disahkan mengidap penyakit asma pada umur 10 tahun, Jaslina telah berhenti kerja bagi menjaga anaknya tetapi dimarahi oleh Johan. Tanpa diketahui oleh Jaslina, Johan masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasihnya, Rahayu.
[pullquote]Jangan ketinggalan untuk menonton JANJI JASLINA yang disiarkan bermula 31 Mac 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.00 petang di TV3. Drama bersiri 20 episod terbitan Orangetree Production dan nukilan skrip oleh Azmy Mohd Arif ini menampilkan barisan pelakon handalan tanahair.[/pullquote]
Rahayu sering bertandang ke rumah Johan. Jaslina tidak menyimpan prasangka buruk terhadap Rahayu. Tambahan pula, Rahayu pandai berlakon dan berpura-pura rapat dengan Nina. Suatu hari, Rahayu dengan sengaja tidak memberikan inhaler kepada Nina yang diserang asma. Tindakannya telah menyebabkan Nina gagal mendapat rawatan segera dan meninggal dunia.
Kematian Nina telah mengakibatkan Jaslina menghadapi tekanan emosi. Tambahan pula, Johan telah berkahwin dengan Rahayu dan tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan adil. Jaslina dibiarkan terkapai-kapai mencari kehidupan sendiri. Penderitaan Jaslina bertimpa-timpa apabila anaknya Iman disahkan mengidap penyakit leukemia. Wang yang diberikan oleh Johan tidak diserahkan oleh Rahayu kepada Jaslina telah menyebabkan Jaslina hidup dalam kesempitan. Johan tidak sedar akan niat sebenar Rahayu berkahwin dengannya.
Ketika menjalankan tugasnya di Sabah, Johan telah diculik dan Jaslina terus hilang punca sumber kewangan. Jaslina terpaksa keluar dari rumah setelah rumahnya dilelong oleh pihak bank. Jaslina terpaksa menumpang di rumah Pak Ayob dan Mak Kiah. Namun, Pak Ayob mengambil kesempatan atas wang yang didermakan oleh orang ramai untuk kos perubatan Iman. Malah, Pak Ayob juga cuba menggoda Jaslina dan ingin mengahwininya.
Akhirnya, Jaslina meninggalkan rumah Pak Ayob dan bertemu dengan Dr. Arif. Apakah bantuan yang diberikan oleh Dr. Arif ikhlas untuk membantu Jaslina? Kepulangan Johan secara tiba-tiba telah menimbulkan pelbagai persoalan sementara Rahayu juga menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Fiq. Apakah yang Johan bakal lakukan selepas rahsia Rahayu terbongkar? Siapakah jodoh sebenar Jaslina?
Jangan ketinggalan untuk menonton JANJI JASLINA yang disiarkan bermula 31 Mac 2014, setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 4.00 petang di TV3. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang drama tersebut, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.