in

Sekitar Majlis Open House Imran Ajmain

Majlis berhari raya, rumah terbuka dan open house diteruskan lagi sebelum Syawal melabuhkan tirainya.

Semalam, Budiey sempat singgah seketika di Open House Imran Ajmain di Red Box The Gardens, Mid Valley City pada jam 3 petang.

Pembaca semua jangan salah anggap ya. Ini bukannya open house Imran Ajmain yang serasmi-rasminya kerana penganjur iaitu Eye Design hanya mengundang rakan media dan para pelakon serta tenaga produksi untuk pembikinan video klip terbaru Imran Ajmain sahaja. Jadi ruang pun sangat terhad lah kan.

Lagi pun dengan adanya lokasi seperti Red Box nih memang sesuai sangat~ Sebab semua dapat menonton video klip terbaru penyanyi kelahiran Singapura ini iaitu lagu Jika Engkau Pergi dan Selamat Ulangtahun Sayang yang dipetik dari album terbarunya, Punca dan Tindakan. Sambil itu juga dapat menjamu selera.

Ini adalah tontonan pertama untuk media serentak dengan susulan daripada kemenangan Imran Ajmain dalam WCOPA yang berlangsung di Los Angeles pada Julai yang lalu.

Imran sempat mendendangkan lagunya dalam iringan DVD karaoke.

Eh, mana songkok tinggi awak tu? Songkok pak sheikh arab kekeke~

Setelah menonton kedua-dua video klip ini, bagi Budiey, untuk video klip Jika Engkau Pergi memang sampai mesejnya. Budiey suka dengan latar masa filem ini. Dengan bertemakan latar belakang period zaman P. Ramlee dulu-dulu, video ini memuatkan begitu ramai sekali pelakon.

Dengarnya, pengarah mengambil inspirasi tema dari filem Aviator, sebuah lakonan dari Leonardo Dicaprio di mana ada satu scene tu, beliau mengurung dalam bilik dan tak nak bertemu dengan sesiapa. Juga penonton akan disajikan dengan lakonan Puteri Sarah (yang berlakon dalam Aduh Saleha) memegang watak Azizah. Dan P. Ramlee juga sudah tentulah Imran Ajmain. Art direction yang bagus. Sesuai dengan lagu ini yang iramanya ke arah retro sikit. 3.5/5 bintang untuk video klip ini.

Lokasi video klip ini dibuat di Carcosa Seri Negara dan set pun dari Teater P. Ramlee The Musical. Untuk lagu ketiga, kalau ada ruang, Imran Ajmain akan keluarkan video klip Yang Aku Perlu, yang ada irama lagu Ahmad Jais.

Video klipnya masih belum ada di youtube, kalau ada nanti, Budiey letak kat blog ni.

Shegar, pengarah Video Klip

Shegar, pengarah untuk kedua video klip itu pula ada berkata:

“Semasa mendengar lagu Jika Engkau Pergi, bayangan dunia glamor dan sinar masa silam bermain-main di fikiran saya, dengan watak-watak seperti Katherine Hepburn dan Howard Hudges menguasai suasana. Kemewahan dan drama di zaman itu sangat sesuai untuk lagu ini.”

 

Untuk lagu Selamat Ulangtahun Sayang, Shegar ada mengulas:

“Sebuah video muzik adalah nadi sebuah lagu. Ia membantu melengkapkan cerita yang disampaikan dalam lagu. Berdasarkan idea itu, tidak hairanlah jika klip video ini mengungkap pelbagai aspek kehidupan yang meliputi kekeluargaan, persahabatan, cinta serta kehilangan. Video muzik ini juga memberikan penghormatan kepada gaya penceritaan arwah Yasmin Ahmad yang sempat bertukar pendapat dengan Shegar mengenai video tersebut.”

Untuk klip video lagu ini, drama dalam video klip ini agak kemas, di situ dah ada mesej hubungan dan juga jalan cerita yang bermula dari kelahiran seorang bayi. Budiey suka dengan perlambangan dan simbol yang memberi makna tentang kasih sayang dalam video ini. Cuma kalau sekali tonton, penonton mungkin keliru kerana terlalu banyak sangat watak dalam video klip ini. Yang penting, kena tahu jalan cerita serta kaitan dengan watak-wataknya, Budiey rasa sinematografi agak kurang sikit, kalau dipertajamkan pada bahagian sinematografinya Budiey kira video klip ini boleh jadi cemerlang.

Untuk video klip ini, Budiey kasi 3/5 bintang. Syabas~

Antara babak-babak menarik dalam video klip dan behind the scenes… dibukukan dalam satu album. 

Oh ya, suka dengan dekorasi yang ada di Red Box nih. Sungguh stylish dan urban~!

Imran AJmain mengambil masa untuk berhari raya bersama media. Lepak-lepak sambil borak pasal berita terbaru…

Ini gambar-gambar yang sempat Budiey upload untuk korang la…

Sesi penyerahan DVD karaoke untuk 2 buah lagu Imran Ajmain kepada wakil Red Box. Korang nak berkaraoke boleh lah nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rating Jumlah Penonton TV Program Raya 2009

Ujibakat Raja Lawak Musim Baru