Kita masih dalam bulan Syawal di mana umat Islam masih lagi merayakan Aidilfitri. Amalan kunjung mengunjung, rumah terbuka yang meriah dengan juadah lazat dan bermaaf-maafan menjadi rutin mulia di bulan mulia ini.
Budiey percaya, dalam bulan ini ramai artis dan selebriti ternama akan mengadakan rumah terbuka. Jangan pula lupa untuk menjemput Budiey ya~! Budiey kira, korang pun tak kurang sibuk melayan tetamu dan menganjurkan rumah terbuka. Di hujung minggu seperti hari ini memang sangat sesuai.
Walaupun 1 Syawal dah berlalu, namun Budiey masih menerima kad raya. Beberapa hari lalu, Budiey telah menerima kad raya daripada pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu, Aizat. Terima kasih Aizat sebab sudi kirimkan kad raya. Kiranya, kad ini sangat sempoi sebenarnya, tidak ada foto Aizat, tidak pula meriah dengan warna-warna terang apatah lagi tiada bunyi-bunyian seperti kad raya yang kita terima sebelum ini.
Kad raya ni macam dah custom ~ eksklusif yang ditempah oleh syarikat milik keluarga Aizat sendiri – Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd.
Di muka depan, ada ucapan SALAM AIDILFITRI.
Yang uniknya ada lakaran baju raya Aizat dan familinya yang masih tersidai di jemuran dengan berbelakangkan pemandangan sebuah rumah kampung di desa.
Baju raya Aizat 2007. Siap ditulis saiz baju Aizat masa tu ialah XL. Tapi selepas Aizat jadi kurus…
Tapi sekarang… untuk baju raya 2009, Aizat dah pakai baju saiz M.
Siap ditulis sendiri dan ditandangan dari Aizat sendiri dgn pena emas~
Tengok… Aizat pun dah ada setem sendiri~!
Terima kasih Aizat~!