in

Pengunjung Protes Pembatalan Future Music Festival Asia 2014?

Selain Malaysia heboh dengan kehilangan pesawat MH370 yang masih lagi menjadi satu misteri, hari ini dikecohkan lagi dengan pembatalan Future Music Festival Asia 2014 secara tiba-tiba pada hari ini setelah berlakunya kematian di lokasi konsert. Menurut akhbar Utusan Malaysia, polis telah mengesahkan 5 orang pengunjung telah meninggal dunia setakat jam 5 petang, 15 Mac 2014. Namun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, mengatakan hanya seorang sahaja yang meninggal. Mana satu yang betul ni?

[pullquote]Menurut sumber Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh membatalkan hari ketiga Konsert Future Music Festival Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang dijadual berlangsung di lokasi sama, malam ini.[/pullquote]

Sementara itu, walaupun telah diumumkan persembahan pada malam ini dibatalkan, namun pengunjung yang datang masih lagi menunggu di luar pintu masuk lokasi. Kebanyakan daripada mereka memprotes tentang tindakan penganjur membatalkan konsert ini. Jalan masuk ke stadium juga telah pun ditutup dan dikawal ketat oleh pihak polis. Pembatalan festival ini adalah kerana atas sebab keselamatan pengunjung sebagaimana yang diarahkan oleh pihak polis.

Pada petang tadi juga, satu sidang media tergempar telah diadakan bagi memberi penerangan dan pencerahan kepada pihak media berhubung pembatalan Future Music Festival Asia 2014 untuk malam terakhir. Ramai sekali media tempatan dan luar negara yang teruja ingin mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku. Pengumuman telah dibuat oleh wakil penganjur, Iqbal Ameer yang juga Pengarah Livescape Asia.

“Demi kepentingan keselamatan awam, kami mengambil dan menerima nasihat pihak berkuasa untuk tidak meneruskan hari ketiga FMFA 2014. Ini juga adalah untuk membantu siasatan yang sedang berjalan. Kami menghargai kerjasama dan penerimaan baik semua pihak serta akan berkongsi maklumat terkini mengenai perkara ini secepat mungkin.”

Pengunjung Protes Pembatalan Future Music Festival Asia 2014

This statement is in response to news reported in the media on the 5 alleged deaths associated with FMFA last night. As the health and safety of all festival goers are our primary concern, we have lodged an investigation into the media reports. As at 5.00PM on March 15, we can confirm that one death, and not five, took place on festival grounds on March 14. A police report has been filed and we are working very closely with all relevant authorities in examining and determining the cause of this very unfortunate incident.

FMFA underwent regular meetings with all agencies involved in the festival (including the Royal Malaysia Police, The Fire and Rescue Department of Malaysia, Bukit Jalil National stadium, Millennium Patriot Security, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) and our certified on-site medical doctor and paramedics) prior to and during the event.

In the interest of public safety we have heeded the authority’s advice to not proceed with Day-3 of Future Music Festival Asia 2014. This is also to help in the on-going investigation. We appreciate the understanding of all parties and will share updates on this matter as soon as possible.

Details of refunds will be announced within one week. Ticket buyers are urged to logon to www.futuremusicfestival.asia for refund details.

Sementara itu, respon yang Budiey baca di ruangan komen laman sosial ada mengatakan konsert seperti ini tidak patut dibatalkan dan ada yang memprotes tentang pembatalan ini. Ada pula yang beranggapan, konsert seperti ini seharusnya dibatalkan pada hari pertama lagi untuk menghormati dan menyatakan rasa simpati dengan nasib malang yang menimpai pesawat MH370.

Portal berita The Star hari ini melaporkan seorang mati di tempat kejadian, di Stadium Bukit Jalil, manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Tiga yang lain meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM ). Antara yang meninggal adalah seorang pemuda Melayu, dua wanita Melayu, seorang Cina dan India. Kesemua rakyat Malaysia ini berusia antara 21 dan 28 tahun. Polis berkata, empat orang lagi, dua daripada mereka koma dan berada dalam keadaan kritikal di kedua-dua buah hospital. Yang masih kritikal adalah dua Melayu dan dua Cina.

Berikutan kematian tersebut, pihak penganjur membuat laporan polis dan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Polis menutup beberapa bahagian Stadium Bukit Jalil untuk menghalang penonton konsert memasuki kawasan festival.

Pharrell, Macklemore & Ryan Lewis dan Rudimental dijadualkan mengadakan persembahan hari ini. Penyanyi rap tempatan, Sayla berkata, mereka tidak tahu mengenai jadual persembahan pada hari ini.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Kami semua hanya melepak di belakang pentas menunggu sebarang arahan. Kami dijadualkan melakukan persembahan tetapi kami masih menunggu. Bassment Sindiket sepatutnya membuat persembahan dahulu sebelum kami tetapi baru sahaja sebentar, persembahan mereka dihentikan.”

Festival yang berlangsung selama 3 hari ini dihadiri oleh lebih 75,000 orang peminat di mana, 20,000 daripadanya ialah pelancong asing. Secara tidak langsung, acara ini juga mampu menggalakkan pelancong datang ke Malaysia, sekali gus menjadi pemangkin bagi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014,

Artis antarabangsa yang menggegarkan pentas persembahan ialah Adventure Club, Armin Van Buuren, Arty, ATB, Baauer, Brodinski, Carnage, Chase & Status, Deadmau5, Deniz Koyu, Eric Prydz, Gesaffelstein, Knife Party, Macklemore & Ryan Lewis, Marcus Schulz, Monsta, Naughty Boy, Paul Van Dyk, Porter Robonson, Rehab, Rudimental, Sub Focus, Tinie Tempah, Wu Tang Clan feat Method Man, Ghostface Killah dan Raekwon dan Yuna.

Artis tempatan terpilih pula ialah 2db, Anowl, BATE, Basement Syndicate, Bunga, Dangerdisko feat Datuk Sheila Majid, Deer Society, Goldfish & Blink, H3, Mr Nasty & Guruguru, Raising The Bar, Tubby dan Xu.

Apa pun yang berlaku, pada petang ini, hujan telah turun di sekitar Lembah Klang sekaligus melenyapkan jerebu yang menyelubungi mata!

Konsert Future Music Festival Asia 2014 dibatalkan berikutan ada pengunjung telah mati akibat penyalahgunaan dadah berlebihan. Berita lanjut, sila layari: www.budiey.com #FutureMusicFestivalAsia #fmfa #fmfa2014

Pengunjung Protes Pembatalan Future Music Festival Asia 2014

Pengunjung Protes Pembatalan Future Music Festival Asia 2014

 

Photo Credit: Malik Ridhwan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penganjur Umum Future Music Festival Asia 2014 Dibatalkan

TV2 Siar Siri Penyiasatan Inggeris The Following