in

Apa Kata Wanita… Bersama Zamzarina Edisi Raya

KHAS HARI RAYA : APA KATA WANITA…BERSAMA ZAMZARINA DI TV1

Sempena Syawal yang bakal menjelang, RTM akan menyiarkan program bual bicara Apa Kata Wanita!…Bersama Zamzarina Khas Raya. Program yang memulakan edisi sulungnya pada 2 Januari 2009 sebagai salah satu agenda wajah baru RTM ini keudara pada setiap Ahad, jam 10.00 pagi dari Studio1, Angkasapuri Kuala Lumpur dan menampilkan Zamzarina Zambri, personaliti RTM sebagai pengacara. Apa Kata Wanita!…Bersama Zamzarina Khas Raya ini akan disiarkan pada 27 September 2009, Ahad jam 10.00 pagi di TV1.

Program ini diserikan dengan kehadiran tetamu VVIP iaitu isteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais, dan berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya dalam segmen khas. Seramai 150 penerima sumbangan, terdiri daripada ibu tungal serta anak-anak mereka menerima sumbangan duit raya daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Terdahulu, Datin Seri Masnah yang merupakan tetamu istimewa siri Hari Raya program bual-bicara popular itu turut ditemubual oleh perantaranya Zamzarina Zambri.

Menurut Datin Seri Masnah, “Masyarakat perlu lebih prihatin terhadap kebajikan ibu-ibu tunggal yang kurang berkemampuan kerana mereka terpaksa bergelut mencari nafkah bersendirian untuk membesarkan anak-anak yang ditinggalkan oleh suami disebabkan kematian ataupun diceraikan. Sekurang-kurangnya melalui huluran duit raya ini, dapat meringankan bebanan mereka dalam persiapan menyambut Aidilfitri bersama anak-anak”.

Tetamu Program Apa Kata Wanita!…bersama Zamzarina’ ini turut dihidangkan dengan pelbagai hidangan juadah raya seperti lemang, ketupat, rendang, sate dan kuih-muih yang ditaja oleh pihak swasta yang sentiasa memberi sokongan terhadap program ‘Apa Kata Wanita!….bersama Zamzarina’ sejak ia memulakan episod sulungnya Januari lalu. Antaranya, Daily Fresh, FAMA, MAGGI, Tupperware, D’Tandoor, Sweet Azza, Je-Taime, Etiqa Insurance dan Manja De’Beauty.

Majlis turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu Hari Raya oleh Azharina Azhar, Kumpulan Handyblack & penari-penari cilik kumpulan SWATARI.

Pastikan anda tidak terlepas peluang menonton program ‘Apa Kata Wanita!…bersama Zamzarina’ Khas Raya yang akan disiarkan pada hari Ahad, 27 September 2009 jam 10.00 pagi menerusi TV1. Rancangan ini diterbitkan oleh Nik Ramzi Hassan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Momok The Movie

Filem Momok The Movie Kutip RM1 Juta Dalam 5 Hari