in

Hafiz Suip Bercinta Dengan Penuntut Universiti

Semasa kenduri kesyukuran di Hotel Hilton minggu lalu, penyanyi Hafiz Suip telah buat pengakuan sedang berkawan rapat dengan seorang wanita yang dikenalinya sejak empat tahun lalu namun masih belum bersedia mendedahkan identiti individu berkenaan. Menurut Hafiz, dia terpaksa merahsiakan individu itu kerana menghormati privasi wanita tersebut selain mengambil kira statusnya yang masih seorang penuntut di sebuah universiti tempatan.

hafiz-suip-smile-hair

“Apa yang boleh saya katakan kami sedang berkawan malah telah mengenali sejak empat tahun lalu tetapi demi menghormatinya dan keluarga saya tidak dapat mendedahkan identiti dia buat masa ini.”

Penyanyi lagu Ku Akui itu mengulas gosip yang mengatakan dia dan wanita berkenaan hadir sewaktu pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2013 baru-baru ini. Buat masa ini masih terlalu awal untuk dia bercakap mengenai perkembangan hubungan mereka kerana ia masih di peringkat awal. Dia tidak mahu mengganggu tumpuan temannya itu terhadap pengajian selain ingin memberikan tumpuan kepada kariernya pada tahun ini.

“Kami rapat tapi belum serius sebagai pasangan dan rasanya kisah ini tidak perlu diperbesar-besarkan dan Insya-Allah kalau ada jodoh mungkin saya sedia berumah tangga sebelum mencapai usia 30 tahun.”

Semoga Hafiz bahagia dengan cinta baru.

Sumber Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SC Johnson Contributes to COMBI for Dengue Prevention

Rahimah Rahim Bakal Duet Dengan Lynnzay Affandy?