in , ,

Maybelline New York Simply Fabulous

Penuhi Impian Anda… Bersama Maybelline New York Simply Fabulous!

10 Peserta. 1 Pemenang.
1 Langkah Menjadi Bintang. 
Realiti Online Pertama dari Maybelline & 8TV

Salam Malaysia, Budiey nak tanya sikit… apakah impian sebenar korang? Pernahkah anda bermimpi untuk mempunyai sebuah butik atau menjadi pereka kasut ataupun melanjutkan pelajaran? Apapun impian anda September ini, Maybelline bersama 8TV akan menjadikan impian seseorang  menjadi kenyataan dengan kehadiran sebuah rancangan realiti “Simply Fabulous” untuk mengubah imej dan penampilan seseorang. Program realiti ini akan disiarkan menerusi laman sesawang 8TV bermula 7 September 2009.

“Maybelline New York Simply Fabulous” merupakan sebuah program realiti khas untuk remaja Malaysia yang mempunyai semangat untuk lebih maju dan berani mengejar cita-cita. Kami memang dikenali dengan inovasi baru dan sentiasa peka dengan ‘trend’ terkini dan dengan itu Maybelline New York hadir dengan sebuah rancangan realiti online yang cukup menghiburkan! Menerbitkan program ini secara online semestinya membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai sekaligus meluaskan sasaran penonton.  Program ini dibuat untuk mencari remaja yang membawa imej Maybelline New York dan kami bekerjasama dengan pihak 8TV untuk menerbitkan Maybelline New York Simply Fabulous,” ujar Mr. Kua Theng Hong, Pengurus Besar, Maybelline New York di Malaysia.

“Simply Fabulous” merupakan sebuah program realiti untuk mengubah penampilan diri yang dibawakan oleh Maybelline New York. Rancangan yang menarik ini merupakan sebuah rancangan realiti online yang juga dikenali sebagai “dream maker”. Program ini disertai oleh 10 orang peserta perempuan yang dipilih melalui sesi uji bakat yang telah menarik perhatian lebih 1,200 orang. Peserta yang telah hadir ke siri jelajah Simply Faboulous dan secara online berpeluang untuk menyertai rancangan realiti ini.

Rancangan ini mempunyai 18 mini ‘webisodes’ selama 5 minit yang akan berlangsung selama tiga minggu. Episod pengenalan peserta Top 10 akan disiarkan secara online pada 7 – 11 September 2009. Rakyat Malaysia perlu melayari laman sesawang www.8tv.com.my/simplyfabulous untuk mengikuti aktiviti harian kesemua peserta. Malam finale bagi program ini akan disiarkan di saluran 8TV dan secara online selama 30 minit pada 18 Oktober 2009 jam 10.00 malam.

10 peserta yang terpilih ialah Calista Wei Fen Leah Liew (22), Kimberley Cham Siang Fen (24), Susilawati Mohd Ariff (23), Steffanie Vanessa Schubert (19), Nalinder Manoharan (27), Preeta Sharenia Nithianantham (21), Zhareen Anshary (18), Ng Bei Shan (22), Nik Syifa Unnur Nik Aziz (22) dan Nurdiana Ashraf Abu Bakar (25).

“Ini merupakan kali pertama 8TV menghasilkan rancangan realiti secara ‘online’ dan kami sangat teruja dengan rancangan ini. Kami berharap rakyat Malaysia akan menyukai rancangan ini kerana ia bukan sahaja  sebuah program berteraskan tentang kecantikan malah program ini turut mengajar kita tentang keyakinan diri, kreativiti dan semangat berpasukan,” komen  Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

“Kami telah menjumpai 10 peserta perempuan yang terbaik sebagai peserta rancangan realiti ini tetapi kami memerlukan pertolongan rakyat Malaysia untuk menentukan siapakah yang terbaik dan impian siapa yang sepatutnya kami tunaikan lagi. Rakyat Malaysia boleh mula mengundi pada 28 September dari jam 12.00 pagi hingga 13 Oktober 12.00 tengahari,” tambah Kim

“Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja kami iaitu Maybelline atas sumbangan dan sokongan untuk rancancangan ini,”

Pada peringkat akhir ‘Simply Fabulous’ akan disiar secara langsung di saluran hip 8TV pada 18 Oktober 2009 jam 10.00 malam dan juga di www.8tv.com.my/simplyfabulous. Pada peringkat akhir, pemenang akan dipilih menerusi 30% undian secara online dan 70% undian dari juri.

Pemenang akan pulang dengan wang tunai RM10, 000, tajaan percutian ke New York percutian dan juga jemputan ke Minggu Fesyen New York. Bukan itu sahaja pemenang juga akan membawa pulang hadiah-hadiah yang lumayan berjumlah RM 50, 000.

Liyana Jasmay, jurucakap Maybelline

Rakyat Malaysia boleh mengudi secara online bermula  28 September 2009 jam 12.00 pagi sehingga 13 Oktober 2009 jam 12.00 pagi.

Para juri terdiri daripada Mekap Artis dan Jurulatih Mekap dari Maybelline New York – Kimberley, pelakon dan pengacara TV – Sazzy Falak dan perunding imej artis – Stevensunny. Sarah Lian dan Henry Golding pula diberi tanggungjawab untuk mengacarakan rancangan “Simply Fabulous” ini.

Jadi jangan ketinggalan untuk menonton rancangan  realiti  “Simply Fabulous” yang dibawakan oleh Maybelline New York bermula 7 September 2009 dengan melayari  www.8TV.com.my/simplyfabulous

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

Antara PENAJA:
Twenty One Kitchen + Bar
Levi’s ®
Threesixty° Photography
JoJoba Spa
Maxis Communication

SINOPSIS Maybelline New York Simply Fabulous

Setiap minggu, 10 peserta yang terpilih akan menjalani pelbagai aktiviti dan cabaran tentang kecantikan, fesyen dan juga keyakinan diri.

Cabaran pertama – kesemua peserta akan dinilai tentang cara mereka berkomunikasi sesama sendiri. Peserta juga akan diuji tentang  penggunaan alat solek. Peserta perlu bersikap terbuka, berani bereksperimen dengan wajah sendiri untuk menghasilkan penampilan baru yang lebih segar. Mereka juga perlu mengenali tekstur kulit muka sendiri dan bahagian muka yang bersesuai dengan imej Maybelline.

Dalam cabaran kedua pula, peserta-peserta dikehendaki membeli pakaian untuk sebuah majlis keramaian dengan jumlah wang yang terhad. Dalam tugasan ini kreativiti serta kebijaksanan mereka akan diuji.

Selain itu, keyakinan peserta turut diuji kerana mereka perlu berkempen untuk diri sendiri di hadapan orang ramai pada masa yang sama mengajak orang ramai hadir ke peringkat akhir program ini.

Pada cabaran yang terakhir, peserta akan memberi konsep pada gambar mereka sendiri dan menyatakan apakah impian mereka. Setiap peserta akan merakam 60 saat temubual untuk mempromosi dan berkempen untuk diri mereka sendiri. Peserta  juga perlu menceritakan apakah maksud ‘Simply Fabulous’ pada diri mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kacau Dodol Amal

Suami Anita Sarawak Ditetak Perompak Bersenjatakan Parang