Ini dia gambar yang sempat Budiey ambil masa di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta. Sebuah album kerohanian Dato’ Siti Nurhaliza yang pertama. Budiey kira dah jadi satu sejarah besar dalam kerjaya penyanyi popular ini.
Secara rasminya, album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan semalam. Korang dah beli? Dah dengar semua lagu? Budiey ada dengar, ramai yang tercari-cari lagi album ini. Yea, mungkin album tu on da way kot. So, korang kena sabar ya. Tunggu. Yang penting, beli yang original ya~ Hanya RM29.90 sahaja.
Budiey sekarang tengah dengar semua lagu. Memang ada sesuatu yang tersirap dalam jiwa halus. Ada impak dan kesan sebab suara Siti memang sesuai untuk lagu-lagu rohani.
Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta yang diadakan di Teeq Brasserie, Rooftop Tingkat 8, Lot 10 Shopping Centre juga telah dihadiri oleh anak-anak yatim, artis SNP yang lain seperti Coda, Sairah dan Saida.
Ini gambar close up~
Tampil bergaya dengan busana rekaan Rizman Ruzaini, Dato’ Siti Nurhaliza telah menyampaikan sebuah lagu yang dipetik dari album dan selebihnya berduet dengan Coda, Sairah dan Saida mendendangkan lagu raya iaitu Seloka Hari Raya dan Cahaya Aidilfitri yang pernah didendangkan oleh Black Dog Bone. Mmm… Budiey nampak Saida macam nak mengalirkan air mata je masa tengah nyanyi lagu nostalgia ni. Mungkin beliau teringat arwah ayah ataupun teringatkan nasib anak-anak yatim yang tidak berayah dan beribu.
Okaylah, Budiey rasa nak ramai peminat yang ternantikan gambar Dato’ Siti Nurhaliza di majlis malam tadi. Kepada blogger lain yang nak ambil gambar ni, minta tolong sangat, kasi kredit kepada www.budiey.com Tq~
Dah makin slim kan?
Selamat berpuasa buat Siti dan selamat menyambut raya ~