Ingat lagi dengan trivia yang disiarkan pada 6 September lalu? Okay… Biar Budiey terus terang saje, jawapan untuk trivia tu ialah SCHA AL YAHYA atau nama sebenarnya, Sharifah Norazean. Ramai betul peminat Scha sekarang ni. Sangat berbeza dengan tahun lepas. Yelah, semenjak cerita dan gosipnya berkawan rapat dengan Fahrin, nama Scha memang jadi penghias dada akhbar. Jugak… Scha Al Yahya banyak sekali berlakon filem. Berderet-deret filem dia tengah tunggu masuk pawagam.
Termasuklah filem Papadom yang akan Budiey tonton pada hari ini. Yea… tak sabar rasanya nak tonton filem Papadom. Kat mana sedapnya sangat Papadom yang digoreng oleh Afdlin Shauki ni. Yela kan, sampai menang banyak anugerah masa FFM kat Sabah hari tu. Filem tak keluar lagi tapi dah merasa julang trofi. Apa-apa kita tunggu petang ni.
Masa majlis berbuka puasa anjuran Astro yang lalu, duta produk Bio Essence dan Silky Shine ni telah buat pengakuan yang dia dan Fahrin adalah pasangan bercinta. Budiey rasa, memang patut dan wajar sekali Scha mengaku. Kalau tak, lagi jenuh orang duk tanya soalan cepu mas tuh.
Yang nyata, hubungan mereka begitu serius tapi masih belum mahu menetapkan bila akan kahwin. Kini, gadis cantik 26 tahun ini tidak lagi bersusah payah untuk menjawab soalan dari media. Jawapan terang-terangan, hati Scha telah dimiliki sejak 10 bulan lalu~! Yang penting, Scha dan Fahrin dah kenal mengenali hingga satu tahap, mereka dah kenal famili masing-masing.
Kedua-dua mereka tengah sibuk, mana ada masa nak fikir pasal kahwin. Sekarang, Scha tengah sibuk berlakon drama Awan Dania 2. Untuk program raya pula, Scha terbabit dalam dua program untuk stesen TV9 iaitu Nak Duit Raya dan Santai Aidilfitri. Fahrin pulak busy jadi hos Sehati Berdansa musim ke-3.
Buat mimik bibir seksi
Nasib baik pakai sopan… mmm cam ni kan manis dipandang~