Kemeriahan Syawal semakin terasa! Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, syarikat konglomerat media terbesar, Media Prima Berhad turut tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan demi menjalankan tanggungjawab sosialnya dan secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara pihak-pihak yang terlibat di dalam majlis sebegini.
Pada hujung minggu ini, Media Prima bersama Yayasan Salam dan Warisan Global bakal menganjurkan aktiviti istimewa “Kacau Dodol Amal”.
Sebanyak 10 kawah dodol akan disediakan untuk dikacau besama-sama tetamu yang hadir. Sebanyak 800 paket dodol ini dengan harga RM30 akan dijual kepada badan-badan koporat dan orang perseorangan. Hasil jualan daripada aktiviti ini nanti akan disalurkan kepada Tabung Bersamamu TV3 dan Yayasan Salam.