in

09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower

09.09.09 adalah merupakan tarikh bertuah bagi 9 pasangan pengantin berbangsa cina di mana mereka akan mendaftarkan perkahwinan mereka di Pelantar Terbuka Menara Kuala Lumpur dengan ketinggian 300 meter dari paras bumi. Pasangan ini akan dibawa bersiar-siar dan diarak menaiki bas bertingkat Hop On Hop Off sebelum ke Menara KL untuk mengelilingi laluan segitiga emas melalui Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail.

Pakej ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada pasangan yang berkahwin di mana mereka boleh merasai satu pengalaman eksklusif dan unik serta meninggalkan nostalgia buat mereka.

Acara : 09.09.09 – Tarikh Bertuah Untuk 9 Pasangan Pengantin Lafazkan Ikrar Perkahwinan di Pelantar Terbuka, Menara KL

Tarikh : 09.09.09

Masa : 3.30 petang (berkumpul di Menara KL)– bagi jurugambar mengambil gambar semasa pasangan pengantin bersiar-siar di laluan segitiga emas

6.00 petang : acara lafaz ikrar bermula

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqbal, Watie dan Tengku Putri Najuwa Dalam Drama Panggilan Rayyan

Gambar Gavin Stenhouse Kekasih Sharifah Amani