Hampir 9 ribu orang penonton telah membanjiri Spice Arena (PISA), Pulau Pinang bersempena Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang berlangung pada 1 Februari 2014 yang lalu.
Sambutan luar biasa yang diberikan oleh para penonton Pulau Pinang merupakan sesuatu di luar jangkaan. Ini juga memberi petanda baik kepada perkembangan lagu-lagu zikir membesarikan keesaan Tuhan dan lagu bertemakan religi di mana khalayak juga dapat merasai kesedaran menerusi sebuah konsert.
Ini kerana pada malam yang sama ada beberapa lagi program besar yang turut menampilkan selebriti-selebriti popular tanah air. Jelas, Konsert Zikir Terapi Diri yang menampilkan Hafiz Hamidun, PU Rahmat, Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi, Daqmie dan Halim Ahmad, mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga mampu menambat penonton di dalam persembahan Live selama lebih 2 jam.
Persembahan Live ini telah diketuai oleh Pengarah Muzik terkenal, Lok U bersama para pemuzik profesional tanah air seperti Mohar (Seruling), Kelly (Bass) dan Aji (Gitar).
Dalam siaran media yang Budiey terima, pihak pengurusan acara Arteffects International dan penaja utama PIHH Development Sdn. Bhd., tidak lupa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan konsert tersebut. Mereka terdiri daripada sekretariat, para pemuzik, krew, sukarelawan, para penaja, tetamu kehormat serta semua yang telah menghadiri konsert tersebut.
Kepada mereka yang tidak sempat menyaksikan konsert tersebut, pihak Arteffects International akan menyiarkan rakaman konsert tersebut secara eksklusif di saluran YouTube Arteffects International sekitar Mac 2014 nanti.
Jom tengok gambar yang dirakam oleh KN’z Gambografi di sepanjang konsert Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun.