Anugerah Juara Lagu ke-28 sudah pun berlalu. Walaupun kehangatannya tidak lagi dirasai, mungkin sebab ada banyak lagi anugerah yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, Budiey masih mahu menyiarkan gambar-gambar selebriti melaram di hamparan karpet merah. Banyak lagi yang belum disiarkan termasuklah gambar Fouziah Gous yang dah lama Budiey tak jumpa.
Macam-macam fesyen boleh dilihat di AJL28. Rata-rata memilih jalan yang selamat dan tak ramai yang mahu mengenakan tema Game On. Namun, Fouziah Gous antara yang mahu tampil dengan tema games yang diinspirasikan dari watak heroin Lara Croft. Samada menjadi atau tak, sama-sama kita tengok apa kata pengkritik.
Menurut Fouziah Gous, beliau sebolehnya mahu tampil seringkas yang mungkin. Rekaan ini tidaklah 100% dari Lara Croft. Warna pula dipilih dari logo AJL28.
Gambar kredit dari lensa Taqiyuddin Arifin. Terima kasih.