Pada jam 6.30 petang tadi, telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa ASTRO di Grand Ballroom 6, tingkat 3, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur. Jalan raya sedikit jammed di waktu orang pulang dari ofis. Suasana juga suram sejuk bila hujan membasahi bumi pada pagi tadi. Memang meriah dan happening majlis ini kerana dihadiri oleh ramai golongan termasuklah anak-anak yatim serta selebriti. Antara selebriti yang datang ialah Mawi dan Ekin.
Mawi kini dah lebih rileks. Bukan setakat ada isteri yang dapat menyediakan masakan ikan sardin kegemarannya, tetapi sekarang Mawi senang dengan kerja di belakang tabir.
Setelah glamour dalam bidang nyanyian, kini sudah tiba masanya Mawi menghasilkan skrip drama, telefilem termasuk lirik lagu. Jadi, tak payah nak expose lebih-lebih macam dulu. Dengan adanya syarikatnya sendiri iaitu MW Entertainment Sdn. Bhd, Mawi akan menerbitkan drama dan telemovie. Di samping menerbit drama, Mawi juga boleh berlakon sekali. Menyelam sambil minum air.
Jangan lupa untuk tonton drama lakonan Mawi Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’ di hari raya nanti okay~ sebab Ekin pun turut juga berlakon dalam drama arahan Laila Ali ini. Ceritanya agak simple iaitu tentang sebuah keluarga yang kecoh kerana lambat nak buat rumah terbuka dan menunjukkan tentang bagaimana adab artis melayan tetamu yang datang beraya ke rumah.
Di majlis berbuka tadi, Mawi dan Ekin pakai baju warna oren sedondon~ Mmm… bila nak timang cahaya mata ni?