in , , , ,

Kecoh Petang Raya… Lagi Lakonan Ogy Ahmad Daud, Adibah Nor

DRAMA MUZIKAL ISTIMEWA AIDILFITRI

Masih ingat lagikah program muzikal sempena hari lebaran, Kecoh Petang Raya yang memaparkan aksi lucu penuh komedi keluarga Pak Salih dan Pak Megat kelam kabut menyudahkan persiapan Hari Raya? Tahun ini, drama muzikal ini kembali lagi dengan judul Kecoh Petang Raya… Lagi!!! yang masih membariskan watak utama pelakon yang sama namun apakah yang telah terjadi kepada kedua keluarga ini setelah setahun berlalu? Saksikan kisah dan telatah mereka pada Hari Raya Kedua, 21 September, jam 6.00 petang.

Menurut penerbit, Roslina Abd Rahman: “Kesinambungan Kecoh Petang Raya diteruskan dengan menampilkan suasana kehidupan kedua keluarga ini yang tetap menghadapi kekalutan di petang Raya. Namun kali ini bukan kerana tiada persiapan di buat sebaliknya perihal anak-anak mereka yang memeningkan dan lebih meriah lagi dengan kehadiran watak baru, bidan kerajaan. Atas permintaan ramai Kecoh Petang Raya…Lagi!!! diterbitkan tahun ini dan diharap drama muzikal ini masih mendapat perhatian peminat setia TV3.
 
“Kecoh Petang Raya… Lagi!!! mengetengahkan pelakon-pelakon yang berbakat, berkebolehan melakonkan watak-watak komedi dan boleh menyanyi. Drama muzikal komedi ini sesuai ditonton di petang menjelang raya, di mana ianya merupakan program hiburan ringan yang menepati selera semua lapisan masyarakat. Bagi mereka yang rindukan kemunculan gabungan pelakon-pelakon veteran dan meminati pelakon-pelakon generasi baru, jangan ketinggalan untuk bersama-sama berhibur menonton program menarik ini.”

Jalan cerita Kecoh Petang  Raya… Lagi!!! masih mengekalkan kekecohan dua jiran tetangga yang kini telahpun menjadi besan iaitu keluarga Pak Salih dan Pak Megat. Kedua-dua anak gadis Pak Megat iaitu Hanum dan Seri telah berkahwin dengan kedua-dua anak lelaki Pak Salih, iaitu Adi dan Raihan. Walaupun mereka tinggal bersebelahan rumah, tetapi tetap kecoh hendak beraya di rumah orang tua masing masing pada malam raya.  Keadaan bertambah kecoh apabila orang tua mereka turut campur tangan dalam perbalahan mereka suami isteri.

siti sarah

Kehadiran Tuminah, bidan kampung yang baru bertugas di kampung tersebut membangkitkan perasaan cemburu oleh Kak Moon dan Kak Tom. Apatah lagi dengan karektor Tuminah atau panggilan glamornya Mimie yang nakal, gedik dan kepoh.

Pak Salih dan Pak Megat sering berkelahi dengan isteri masing-masing yang cemburu setiap kali Mimie datang ke rumah mereka untuk memeriksa kesihatan Hanum dan Seri yang sedang sarat mengandung. Bagaimankah berakhirnya sambutan Syawal dua keluarga berbesan ini dan anak-anak mereka yang pertama kali menyambut Syawal bersama pasangan masing-masing? Sama-sama kita saksikan kesudahannya di petang Raya, Hari Raya Kedua.

Sidang produksi yang menjayakan Kecoh Petang  Raya… Lagi!!! ialah Zulkeflee Mohamad Said (Penerbit Eksekutif), Roslina Abd Rahman ”Ayong” (Penerbit), Farina Pahruddin (Penolong Penerbit) dan Zaidi Hamad (Pembantu Penerbitan).

siti sarah

Kenali watak-watak Kecoh Petang Raya… Lagi!!! :-

1. Watak: Pak Salih
Pelakon: Jalil Hamid

Berusia lewat 40-an
Merupakan pesara askar
Mempunyai isteri bernama Kak Moon dan dua anak lelaki, Adi dan Raihan
Berperawatakan ceria
Bila bercerita asyik cerita pengalamannya sebagai askar
Suka ambil mudah terhadap sesuatu perkara
Mudah mengelabah
Bersahabat baik dengan Pak Megat

2. Watak: Pak Megat
Pelakon: Harun Salim Bachik

Berusia lewat 40-an
Merupakan pesara polis
Mempunyai isteri bernama Kak Tom dan dua anak perempuan, Seri dan Hanum.
Bila bercerita asyik cerita pengalamannya sebagai polis.
Mempunyai karakter yang sama seperti kawan baiknya, Pak Salih

3. Watak: Kak Moon
Pelakon: Fauziah Ahmad Daud

Berusia pertengahan 40-an
Isteri Pak Salih
Bermulut becok dan suka berleter kepada anak-anaknya
Bila bercerita dengan Kak Tom tidak mahu mengalah
Bersahabat baik dengan Kak Tom kerana perangai mereka yang serupa

4. Watak: Kak Tom
Pelakon: Adibah Noor

Berusia pertengahan 40-an
Isteri pak megat
Bermulut becok
Bila bercerita dengan Kak Moon tidak pernah mahu mengalah
 
5.  Watak: Adi
Pelakon: Adi Putra

Usia lebih kurang 28 tahun
Anak sulung Pak Salih dan Kak Moon
Bekerja sebagai kerani
Sehati sejiwa dengan adiknya, Raihan

6.  Watak: Raihan
Pelakon: Lah Ahmad

Usia pertengahan 20-an
Anak bongsu Pak Salih dan Kak Moon
Bekerja sebagai kontraktor kecil.
Berlagak berani hanya di depan sahaja.

7.  Watak: Seri
Pelakon: Amy Mastura

Usia pertengahan 20-an
Anak sulung Pak Megat dan Kak Tom
Bekerja sebagai guru tadika di tempatnya

8. Watak: Tuminah
Pelakon: Siti Sarah

Usia lebih kurang 24 tahun
Seksi, gedik, nakal dan mulut kepoh
Bekerja sebagai bidan kampung
Suka mengurat dan menyakat
Sukakan lelaki tua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syahadah Bongkar Rahsia Republik Kazakhstan dan Kyrgystan

Ulasan Album Raya Sakan