Ini dia gambar suasana pejabat terbaru Google Plex yang terletak di London. Ianya terletak di Stesen Victoria, memuatkan 200 orang pekerja Google yang semuanya rajin-rajin belaka. Apa tidaknya, tengoklah environment pejabat mereka yang begitu canggih dan selesa. Yang penting, Google memang mahu mencipta tanggapan pertama orang ramai terutama kanak-kanak, kerja di Google sangat BEST~!
Suasana yang diciptakan memang FANTASTIC.. Siap ada gym dan tempat rehat dengan gaya hidup yang lebih mewah. Yang pastinya, suasana kerja perlu selesa untuk menjamin mutu kerja yang lebih efektif. Bukan setakat itu sahaja, makanan mereka pun FREE~! Pergh… Budiey rasa korang mesti nak kerja kat Google… kalaulah Google buat ofisnya kat Malaysia ni agak-agak korang nak gi apply kerja tak?
Bilik bacaan yang sangat kondusif untuk pembacaan. Ratusan buku tersedia termasuklah yang berkaitan pengaturcaraan.
Ruang rehat dengan kerusi urut sambil pekerja menikmati pemandangan akuarium yang mendamaikan. Fuh! Best giler~! Mesti diorang ni rasa tak nak balik rumah. Asyik nak kerja je 24 jam~
Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan.. Bersama ruang urutan yang eksklusif. Pergh… kasi buat spa ke facial ke, mesti mantap lagi.
Ruang minuman untuk pekerja berehat sementara komputer atau kerusi mereka yang rosak di’perbaiki. Kool eh?
Privasi — Google menyediakan ‘gondola khas’ untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.
Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada di pelbagai kawasan. Senang untuk pekerja berlibur dan lepaskan stress mereka. Yang penting, mereka bekerja dalam suasana happy. Bila hati gembira dan dada lapang tanpa masalah, segala kerja akan disempurnakan~
Papan putih (whiteboard) ada hampir di’mana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat, kata salah seorang pegawai pengurusan Google.
Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 keping LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu. Pergh, kalau letak ps3 ni lagi best~ buat pawagam pun okay, sambil kerja, sambil tengok wayang~
Makanan semuanya free. Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari. Tapi diorang ni tak tamak sebab nampak saiz tubuh mereka semuanya kurus-kurus belaka. Kalau lah kita kat Malaysia ni, mesti habis semua pulun sampai buncit perut~
Perjalanan dari tingkat ke tingkat bawah lebih cepat & menyeronokkan. Ada juga yang berbentuk terus seperti di Balai Bomba. Macam taman permainan la pulak. Kenapa tak letak roller coaster sekali, barulah mantop~!
Kapsul Penghilang Tekanan (Stress) yang kedap bunyi & cahaya