in ,

Peluang Menonton Perlawanan Final 2014 FIFA World Cup™ Dengan Maybank

Tiada event yang paling dinanti-nantikan dalam tahun 2014 ini selain 2014 FIFA World Cup™. Rasanya, ramai yang bersetuju dengan pendapat Budiey ni. Di sini, Budiey boleh ibaratkan 2014 FIFA World Cup™ sebagai satu temasya atau pesta yang dapat menyatukan semua golongan di seluruh dunia. Tidak kurang, setiap kali tiba musim Piala Dunia, seluruh dunia seperti dilanda demam. Ya, demam bola sepak Piala Dunia! Segalanya BOLA!

[pullquote align=”right”]Budiey percaya, semua orang tak sabar-sabar untuk menonton perlawanan bola sepak paling hebat, paling gempak dan paling meriah yang akan berlangsung pada tahun ini. Tak gitu?[/pullquote]

Bercakap tentang perlawanan Piala Dunia FIFA ni, sekaligus mengimbau kenangan Budiey semasa tahun 2010. Sangat meriah betul ketika itu. Bola dikatakan semua syarikat dan jenama mahu mengambil bahagian. Terutama ‘main partners’ World Cup iaitu Visa International dan Sony. Bukan main hebat lagi mendekati pengguna dengan macam-macam cara dan bagi Budiey kempen sebegini menjadikan musim Piala Dunia menjadi lebih meriah dan happening!

Budiey masih ingat, pada masa tu, kalau boleh semua pakaian dan ‘lifestyle’ Budiey ada berkait rapat dengan FIFA World Cup. Memang Budiey obses sikit pada masa tu. Dari baju sehinggalah kad kredit, semuanya nak ditukar gara-gara demam bola sepak Piala Dunia. Pada tahun 2010, Sony ada melancarkan edisi terhad Kad Kredit Maybank sempena Piala Dunia FIFA. Edisi terhad, siapa yang tak nak kan? Jadi, berpusu-pusu lah semua orang nak menjadi Cardmembers sekaligus memohon untuk SonyCard. Selain itu, kempen ini dapat menggalakkan pengguna kad Maybank mengguna kad tersebut semasa membeli belah. Hadiah peraduan juga sangat lumayan iaitu trip ke Afrika Selatan untuk menonton semifinals dan final Piala Dunia 2010 secara live.

Tidak kurang juga untuk tahun 2014, Maybank juga mengambil inisiatif bagi menawarkan hadiah yang terbaik kepada pengguna kad VISA. Pemenang utama akan diterbangkan ke Rio De Janeiro untuk menonton perlawanan akhir 2014 FIFA World Cup™. Wow! Siapa tak nak kan?

Budiey berani bertaruh, kepada anda yang di luar sana, yang memang kemaruk untuk menonton 2014 FIFA World Cup™ di Brazil tak akan lepaskan peluang keemasan ini. Lagi pun semuanya ditangguh. Korang ke sana sehelai sepinggang pun tak apa.

Budiey sebagai pengguna setia Maybank juga tak nak lepaskan peluang ini. Satu-satunya peluang untuk ke sana tanpa berbelanja besar membeli tiket perlawanan, mencari hotel penginapan dan tiket penerbangan. Jadi, Budiey lihat ini ramai selebriti dan artis popular serta kawan media dah memohon kad VISA edisi terhad SonyCard dari Maybank terutama sekali yang kaki bola. Kepada pemegang kad VISA di luar sana. Tunggu apa lagi. Inilah masanya. Terutama sekali kepada yang berumur 21 hingga 45 tahun dan rata-ratanya lelaki yang menjadi fanatik bola sepak sebenar, semua tak lepaskan peluang memiliki kad VISA Maybank ini.

Sebelum Budiey nak ceritakan sedikit tentang peraduan Get Into the Rythm Watch the FIFA World Cup™ Final LIVE, courtesy of VISA ini, Budiey nak senaraikan dulu hadiah yang ditawarkan kepada anda semua.

price-world-cup

Jadi, pasti ramai yang nak tahu cara bagaimana nak menang peraduan ini kan? Caranya, Budiey lihat sangat mudah.

Anda hanyalah perlu menggunakan kad Kad Kredit Maybank VISA untuk membeli belah. Setiap RM100 yang dibelanjakan dengan menggunakan kad itu, anda diberikan satu peluang untuk menang hadiah yang ditawarkan.

Jadi, anda boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang anda mahukan. Lagi banyak penyertaan yang dihantar, lagi banyak peluang untuk anda jadi pemenang. Info lanjut boleh layari: Laman Sesawang Maybank

maybank-promo

Atau anda boleh gandakan penyertaan anda dengan cara ini:

  • 5X penyertaan apabila anda menggunakan Maybank Manchester United, Petronas atau SonyCard VISA Credit Cards.
  • 5X penyertaan apabila anda menggunakan mana-mana Maybank VISA Credit Card di Sony Store, Sony Online dan Sony Centre.
  • 5X penyertaan apabila anda menggunakan mana-mana Maybank Credit Card di mana-mana stesen PETRONAS atau Kedai Mesra.

Untuk mengesahkan penyertaan anda itu, anda perlu menghantar SMS–> WORRLDCUP <12 Digit No NRIC> dan hantarkan ke 66628.

Senang dan mudahkan? Bukan apa, setiap hari pasti kita akan isi minyak petrol dan ada kalanya kita akan shopping di Sony Store. Inilah masa nak menggandakan penyertaan. Mmm… bestnya kalau jadi pemenang. Dah bermimpi dan terigau-igau sangat nak ke Brazil sambil tengok Final 2014 FIFA World Cup™ .

maybank apex

Maybank #Sambabola

[dropcap]S[/dropcap]elain peraduan ini, Budiey dengar macam-macam kempen lagi diadakan untuk memeriahkan lagi sambutan demam bola sepak Piala Dunia ni. Antaranya, Maybank menganjurkan #Sambabola. Haa, kalau nak tahu lebih lanjut tentang acara ni. Kenalah tunggu pengumuman rasmi di Facebook Maybank. Apa yang pasti, acara ini akan melibatkan bintang bola sepak terkenal negara iaitu penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi (Apeks), Junior Edstal dan Nam The Man. Kalau nak tahu, silakanlah layari Facebook Maybank mulai 15 hingga 21 Januari ini ya.

Untuk menyertai #Sambabola ni senang je. Anda hanya upload gambar 3 pemain bola sepak ini dan anda hanya perlu cipta caption yang lucu, kreatif dan paling bijak! 20 penyertaan paling banyak dapat undian akan memenangi vouchers Starbucks bernilai RM20.

Budiey pun tak sabar nak join sebab peraduan ini sangat mudah!

Layari: Maybank Facebook sekarang!

maybank-world-cup

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Party Budiey Ke-7 Dalam B*Pop Berita Harian

Senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2013