Kalau betul mereka berkawan rapat dan jika ada rasa cinta, apa salahnya. Budiey kenal dengan Budi Citawan tu, dia baik dan lemah lembut orangnya. Sesuai dengan Remy. Hehe, gurau-gurau je ye Remy.
Melalui Mstar Online, Remy menjelaskan dia selesa berkawan dengan Budi Citawan yang dikenalinya sejak setahun yang lalu. Menurut Remy, hubungannya dengan Budi Citawan hanya sekadar kawan biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu.
“Saya dengan Budi hanya berkawan sahaja, saya kurang kawan wanita menyebabkan persahabatan kami menjadi sensasi. Keselesaan saya itu disebabkan kami mempunyai minat serupa iaitu keupayaan untuk bercakap tentang seni.”
– Remy Ishak
Remy berkata demikian ketika diminta mengulas gosip hubungan cintanya dengan wanita yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Dalam pada itu, Remy mengakui pernah bertemu dengan keluarga wanita itu bagi meminta kebenaran keluar bersama.
“Saya pernah jumpa ibunya untuk bawa dia keluar, malah pernah juga makan malam bersama. Namun itu perkara biasa kerana kawan perempuan yang lain juga saya akan beritahu keluarga mereka kalau saya ingin membawa mereka keluar.”
– Remy Ishak
Terbaru, Remy Ishak akan muncul dalam drama JIWA berganding dengan Faizal Hussein, Kamal Adli dan Siti Elizad bermula 5 Februari depan di slot Aksi pada setiap Rabu pukul 9 malam di TV3.