Syukur, alhamdulilah, Selamat pengantin baru, Budiey ucapkan kepada Sharifah Aleya. Akhirnya penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya & Mohammed Azam selamat diijabkabulkan. Dengan dua kali lafaz, Leya atau nama penuhnya Sharifah Aleya binti Syed Zainal Rashid sah menjadi isteri Mohammed Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko, berusia 29 tahun, berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah dan bekerja sebagai penerbit dan editor video di CreativeHubs.
[dropcap]P[/dropcap]asangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mukarammah, Bandar Sri Damansara, Ustaz Mat tepat jam 10 pagi, 11 Januari 2013 dengan mas kahwin RM300. Leya menerima tiga dulang hantaran, dibalas lima dulang oleh pihak perempuan. Penyampai radio tersebut menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta hantaran sejumlah RM3,000.
Perkenalan mereka bermula sejak sama-sama membuat persembahan teater muzikal Terima Kasih Cinta pada 2011. Usai teater, persahabatan mereka menyepi sehinggalah pertengahan 2012.
“Saya mengenali dia (Mohammed Azam) tiga tahun lalu ketika kami sama-sama terlibat dalam teater Terima Kasih Cinta. Sepanjang hubungan itu saya nampak dia seorang yang sangat penyabar, sebelum ini saya sering mengusik dan menguji kesabarannya, namun dia melepasi semua ujian tersebut.”
Personaliti radio Aleya mengakui tertarik dengan sikap sabar dalam diri Mohammed Azam Abdullah, 29, sehingga meyakinkannya mendirikan rumah tangga semula. Anak kembar Leya, Aza Ameena dan Asha Ameena juga nampak tidak kekok dengan Miko, yang mereka gelarkan sebagai Papa.
Sharifah Aleya pernah menguji kesabaran lelaki tersebut dengan pelbagai cara dalam tempoh perkenalan mereka. Menurut Leya, Azam juga seorang yang penyayang dan pandai mengambil hati anak-anaknya. Katanya, disebabkan kesungguhan lelaki itu juga membuatkanya terbuka hati untuk membina keluarga semula.
“Anak-anak saya jenis yang sukar untuk terima kedatangan orang baru, tetapi berlainan dengan Azam kerana mereka selesa dan terima kehadirannya dalam keluarga kami.”
Dalam pada itu, ditanya tentang bulan madu, anak kepada Fatimah Abu Bakar ini berkata, buat masa ini mereka masih belum mempunyai sebarang perancangan.
Sementara itu, majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 23 Mac depan di Kota Kinabalu, Sabah.