Pada 18 Ogos lalu, Scha Al-Yahya telah hadir walaupun agak lewat sehingga di’sound’ oleh Rosyam Nor di Majlis Pelancaran Filem Libas di Restoran Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Scha tiba lewat bukannya sebab apa, Scha terlibat dengan sesi fotografi untuk drama bersiri ‘Awan Dania’ musim kedua yang tidak dapat dielakkan.
“Saya dah minta maaf dengan Abang Rosyam kerana memang salah saya dan dia kata tak boleh buat macam ni. Saya akan jaga dan tidak mahu hal seperti ini berlaku lagi kerana rasa tak seronok. Susah juga hendak mengatur jadual sebab semuanya saya lakukan sendiri dan hanya mengikut apa yang ditentukan. Biarpun begitu, saya tak terfikir untuk mengambil pengurus dan lebih suka mengurus secara sendiri kerana saya bukan jenis percaya pada orang.”
Ramai yang kata, pelakon cute yang berasal dari Sungai Petani ni akan kahwin dengan Mr. Right-nya, Fahrin Ahmad tidak lama lagi. Mungkin peminat terpengaruh dengan iklan Celcom.
Fahrin SMS: “Jom kahwin?”
Scha balas: “Nak… sangat!”
Mungkin juga iklan ini satu petanda bahawa pasangan ini akan mengikat tali pertunangan tak lama lagi tapi nampaknya mereka berdua kan tengah sibuk berlakon. Scha dengarnya akan berlakon semula dalam drama Awan Dania musim kedua bersama dengan pelakon baru yang diserap masuk iaitu Fizow Omar, Zizan Nin dan Jehan Miskin.
Bila nak makan nasi minyak ni?
“Saya dan dia memang tengah memikirkan untuk ke arah itu cuma kita belum tahu bila masanya. Tapi kami tak rancang untuk berkahwin dan semuanya bergantung kepada jodoh kerana kami baru kenal lebih kurang setahun. Sekarang, kami sedang sibuk mencari duit untuk kahwin dan ikutkan dulu saya pernah sasar untuk berkahwin sebelum usia 28 tahun. Mak saya juga berpesan untuk mencari duit sebelum berkahwin dan saya pun fikir untuk stabilkan kewangan dulu. Kami hanya mengharapkan yang terbaik dan sedang berusaha sebelum mendirikan rumah tangga.”
Selain jadi pengacara di Astro Mustika, Scha juga mengacara program Nak Duit Raya di TV9 bersama dengan Bell Ngasri dan ‘Santai Aidilfitri’ di saluran yang sama.