Hasrat peminat untuk melihat kelibat penyanyi kegemaran mereka, Selena Gomez membuat persembahan di negara ini berkubur selepas konsertnya yang dijangka berlangsung pada 26 Januari ini dibatalkan. Bukan sahaja di Malaysia, malah semua konsert di Asia dan Australia telah dibatalkan sama sekali dengan memberikan alasan peribadi sebagai faktor utama. Selena Gomez meminta maaf kepada semua peminatnya.
“Saya juga memerlukan waktu untuk diri sendiri. Namun, pada masa sama, peminat juga merupakan golongan terpenting dalam kehidupan saya. Namun, konsert itu akan diadakan pada sedikit masa lagi. Ia bukanlah dibatalkan secara terus, ia hanya ditunda ke lain masa.”
We Love Asia selaku penganjur konsert di Malaysia akan bertindak memulangkan kembali wang pembelian tiket ini.