JOM BERBUKA PUASA BERSAMA TV9
Ramadan yang dinanti kini menjelang tiba. Bersempena dengan bulan Al-Mubarak pada kali ini, TV9 akan menyiarkan sebuah program baru untuk tontonan penonton setia TV9. ‘Jom Berbuka’ merupakan sebuah program baru di TV9 sempena menyambut bulan Ramadan bermula 22 Ogos 2009. Program Jom Berbuka turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti seperti Upin & Ipin, Shafiq (Chopp!), Rizal (Dunia Baru) dan ramai lagi.
Krew Jom Berbuka akan menjelajah dan melawat ke 13 buah lokasi yang berbeza pada setiap episod. Antara lokasi Jom Berbuka ini ialah di Rumah Perlindungan AIDS, Hospital KL (Wad Pedeatrik), TLDM Kota Kinabalu (Sabah), Kampung Air di Pulau Gaya (Sabah), Rumah Orang Kurang Upaya, Masjid India, Rumah Anak Yatim Pinggir TTDI, Klang (bersiaran langsung dari Apa Khabar Orang Kampung), Penjara Sg. Buloh, Masjid Cina Muslim Pertama di Malaysia, Istana Kelantan, Pelantar Minyak di Kerteh Terengganu, dan kemuncaknya adalah berbuka puasa bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak.
Jom Berbuka dapat berkongsi bersama penonton untuk melihat lebih dekat bagaimana mereka (di lokasi terpilih) berbuka puasa. Pada masa yang sama memberi keinsafan kepada diri sendiri terutaamnya apabila dapat berbuka puasa bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, orang kurang upaya serta berbuka di sebalik dinding sel di Penjara Sungai Buloh. Pada masa yang sama, merasai berbuka bersama sahabat-sahabat di pelantar minyak di Kertah Terengganu. Tidak ketinggalan juga berpeluang berbuka puasa bersama pemimpin negara YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak serta bebebrapa kerabat di Raja.
Program selama setengah jam ini dihoskan oleh Farrah Adeeba dan akan menemui penonton TV9 sepanjang bulan Ramadan setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 7.00 petang mulai 22 Ogos ini.