in , ,

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur

Buat pertama kali stesen televisyen TV3 dan TV9 bergabung untuk menganjurkan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada malam ini, 22 Februari 2014 jam 8 malam. Malam Gala Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur akan dihoskan oleh dua orang pelakon Sherry dan Zulin Aziz.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, anugerah sempena Festival Drama Kuala Lumpur itu adalah bagi mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang disiarkan saluran televisyen berkenaan sepanjang tahun 2013.

“Kita telah mendapat maklum balas yang sangat baik daripada penonton dan peminat drama-drama Melayu daripada semua slot sejak awal tahun lalu. Oleh itu, kita membuka peluang kepada mereka untuk mengundi sendiri drama dan kategori yang mereka rasa layak untuk menang.”

Tambahnya, drama yang dicalonkan dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2013.

[pullquote]TV3 dan TV9 akan menganjurkan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur bagi mengiktiraf drama-drama pilihan penonton sepanjang tahun 2013. Drama-drama ini dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di slot-slot drama di TV3 dan TV9.[/pullquote]

Drama tersebut terdiri daripada Ruby, Diandra, Karlos, Sebenarnya Saya Isteri Dia, Janji Shirah, Love You Mr. Arrogant, Janji Adam, Dalam Setiap Sujud, 6 Progresif dan Puteri Malam. Manakala tujuh kategori dipertandingkan adalah Drama Pilihan, Pelakon Lelaki Pilihan, Pelakon Wanita Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Barisan Pelakon Pilihan dan Pasangan Serasi Pilihan.

Penonton boleh membuat undian menerusi di www.dfkl.com.my mulai 1 Januari depan.

Tambah Sherina, sempena festival tersebut juga bengkel selama dua hari akan dianjurkan melibatkan 17 penceramah berpengalaman dalam industri seni berkaitan drama dan lakonan.

“Bengkel selama dua hari ini memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari sesuatu yang baharu melalui pengalaman penceramah-penceramah hebat tanah air. Peserta berpeluang untuk belajar mengenai pengarahan, penulisan skrip, lakonan dan komposisi muzik dengan yuran pendaftaran hanya RM60 dan RM100.”

Bengkel ini akan diadakan pada 20 dan 21 Februari 2014 Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Bagi yang berminat boleh mendaftar di Jabatan Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Tingkat 2, Sayap Utara, Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.

Undian secara dalam talian telah dibuka pada 1 Januari 2014 bagi setiap penyertaan dan lima buah drama pendek yang menerima undian tertinggi bakal mara ke peringkat seterusnya yang akan diadili oleh juri profesional. Pemenang diumumkan pada kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur pada 22 Februari 2014.

Drama yang dicalonkan seperti berikut:

NO.

TAJUK

1.

Ruby (Samarinda)

2.

Diandra (Lestary)

3.

Karlos (Aksi)

4.

Sebenarnya Saya Isteri Dia (Zehra)

5.

Janji Shirah

6.

Love You Mr. Arrogant (Akasia)

7.

Janji Adam (Azalea)

8.

Dalam Setiap Sujud (Ratu)

9.

6 Progresif (Aurora)

10.

Puteri Malam (9X)

Kategori yang dipertandingkan seperti berikut:

NO.

KATEGORI

1.

Drama Pilihan

2.

Pelakon Lelaki Pilihan

3.

Pelakon Wanita Pilihan

4.

Pengarah Pilihan

5.

Penulis Skrip Pilihan

6.

Barisan Pelakon Pilihan

7.

Pasangan Serasi Pilihan

Peminat-peminat boleh mengundi calon-calon pilihan mereka di www.dfkl.com.my mulai 1 Januari 2014. Undian tertinggi akan dipilih sebagai pemenang yang akan diumumkan pada malam anugerah yang bakal berlangsung pada 22 Februari 2014. 

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) menampilkan Berita Harian dan New Straits Times sebagai Rakan Media, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Tonton dan Veedo selaku Rakan Digital.

Layari laman web rasmi TV3 / TV9 di www.tv3.com.my / www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta Youtube TV3Malaysia / TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini. Pengguna laman sosial boleh menggunakan tanda pagar #DramaFestKL bagi untuk menghangatkan lagi bahang Drama Festival Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada tahun hadapan!

Sesi Pelancaran Drama Festival Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Katy Perry Jadi Cleopatra Dalam Muzik Video Terbaru DARK HORSE

Nelydia Senrose Cintai Pemuda Mualaf Dalam Drama Sesuci Cintamu