Raikan hujung tahun dan sambutan tahun baharu 2014 dengan sajian program hiburan, filem-filem hebat tempatan dan antarabangsa bermula 25 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014 di stesen televisyen nombor satu negara, TV3. Antaranya, ’Despicable Me’, ’Shaolin Soccer’, ’Thor’, ’Chak De! India’, ’Racun Ibu’, ’Anaconda 3: Offspring’, ’Transformers 2: Dark of the Moon’, ’Haru Biru’, ’Stardust’ serta ’Konsert Anuar Zain: 3 Dekad’.
Berikut ialah senarai filem-filem hebat tempatan dan antarabangsa yang wajib ditonton:
25 Disember 2013 (Rabu)
Despicable Me (filem animasi), 9.00 malam
Di sebuah kawasan kejiranan yang aman tinggal seorang lelaki yang bercita-cita menjadi penjenayah paling hebat di dunia. Gru telah merancang lama untuk mencuri bulan dengan menggunakan sinaran yang berupaya mengecilkan objek. Gru dan pembantu-pembantunya yang dikenali sebagai minion telah mencuri sinaran tersebut sebelum mendapatkan pinjaman dari Bank of Evil. Namun, rancangannya telah digagalkan oleh seorang penjahat baharu, Vektor dimana dia telah mencuri sinaran itu daripadanya dan berjaya membuatkan dirinya terkenal dengan tindakan mencuri piramid Giza. Gru yang tidak menyukai kanak-kanak telah memalsukan identitinya dan mengambil Margo, Edith dan Agnes sebagai anak angkat, hanya untuk mencuri sinaran mengecil itu daripada Vektor. Gru tidak menyangka niat jahatnya untuk menggunakan kanak-kanak itu akan bertukar menjadi pengalaman aneh dalam hidupnya. Dalam saat Gru berusaha menjayakan rancangan untuk mencuri bulan, terdetik kasih sayang terhadap Margo, Edith dan Agnes.
Pelakon suara: Steve Carell, Russell Brand, Jason Segel, Miranda Cosgrove, Kristen Wiig, Julie Andrews, Elsie Fisher, Dana Gaier, Will Arnett
26 Disember 2013 (Khamis)
Pearl Screen: Shaolin Soccer, 10.00 malam
Bekas bintang bola sepak “Golden Leg” Fung bertemu dengan pakar Kung Fu Shaolin “Mighty Steel Leg Sing” ketika keluar bersama bekas ketuanya, jurulatih Hung. Pertemuan itu memberinya peluang untuk bertempur dengan bekas jurulatihnya yang telah memusnahkan kariernya. Berjayakah Fung mengembalikan kejuaraanya selepas mendapat tunjuk ajar dan menjalani latihan bersama Shaolin Brothers?
Pelakon: Stephen Chow, Zhao Wei, Wong Yut Fei, Patrick Tse, Danny Chan Kwok Kwan
27 Disember 2013 (Jumaat)
Mega Movie: Thor, 10.00 malam
Thor yang sarat dengan elemen aksi dan komedi ini mengisahkan seorang wira cukup berani tetapi angkuh, yang dicampakkan ke bumi oleh bapanya sendiri apabila tindakannya menyerang Frost Giant di Jotunheim telah menyebabkan peperangan kembali tercetus antara dua puak terbabit. Ketika berada di bumi, Thor mula belajar erti kesabaran, kesetiaan, persahabatan dan kasih-sayang, yang membantunya mendapatkan kembali kepercayaan si bapa, serta menewaskan pengkhianat yang tamakkan kuasa.
Pelakon: Chris Hemsworth, Anthony Hopkins, Natalie Portman, Tom Hiddleston.
28 Disember 2013 (Sabtu)
Panggung Sabtu: Chak De! India, 2.00 petang
Kabir Khan ialah seorang bekas jurulatih kepada pasukan hoki kebangsaan India. Selepas tewas kepada pasukan Pakistan, Kabir terpaksa meletakkan jawatannya malah dia juga menjadi mangsa amarah kerana gagal mempertahankan kejuaraan. Selepas 7 tahun, Kabir Khan kembali menjadi jurulatih kepada sebuah pasukan hoki yang terdiri daripada pemain-pemain wanita negara. Kabir Khan bukan sahaja ingin menebus maruahnya malah dia juga perlu memastikan pasukan itu menjuarai pertandingan hoki wanita di peringkat antarabangsa. Pada mulanya, mereka tidak menyukai Kabir dan melakukan sabotaj. Bagaimanakah Kabir Khan menyakinkan mereka? Berjayakah pasukan itu membawa pulang pingat emas?
Pelakon: Shah Rukh Khan, Anjan Srivastav, Javed Khan, Vibha Chibber
Cerekarama: Racun Ibu, 10.00 malam
Rohani sering melepaskan marah kepada anak-anaknya, Sharin, Lili dan Mimi selepas ditinggalkan suami hampir 20 tahun lalu. Kini, dia sudah tidak berdaya kerana disahkan menghidap kencing manis. Hanya menantunya, Azah yang bertahan dengan sikap Rohani dan sering uruskan Rohani. Namun hanya maki hamun yang diterima Azah. Akibat tidak tahan dengan sikap ibu mentuanya, Azah meminta suaminya, Sharin menghantar Rohani ke rumah orang tua. Sharin berang dengan tindakan Azah kerana tidak sangka isterinya akan menuduh ibunya sebegitu rupa kerana Rohani akan berlakon baik dengan Azah jika di depan Sharin. Jadi, berlaku pertengkaran antara Sharin dan Azah. Suatu hari, Azah ingin menyuapkan makanan kepada Rohani, lalu Rohani mengambil nasi dan ditonyohkan ke muka Azah. Ketika itu Sharin melihat kejadian itu. Azah bengang dan terus keluar dari bilik. Sharin memujuk ibunya supaya tinggal di rumah kebajikan. Namun Rohani merayu dan mengatakan dia akan berubah. Akhirnya, Sharin akur dengan rayuan ibunya. Namun, sikap Rohani masih tidak berubah. Azah telah mengadu masalah kepada rakan sekerjanya, Diana. Diana telah mencadangkan supaya Azah berjumpa bomoh untuk menghapuskan Rohani. Azah terkejut tetapi akhirnya dia bersetuju kerana penat menjadi hamba kepada Rohani. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Pelakon: Fasha Sandha, Farid Kamil, Fauziah Nawi, Ika Nabila, Noni Zainuddin, Zila Bakarin
29 Disember 2013 (Ahad)
Wayang: Haru Biru, 3.00 petang
Kid (Que Haidar) seorang eksekutif muda, Ariyana (Dynaz) seorang model, dan Dani (Ijoy Azhari) seorang jurufoto bebas ialah tiga sahabat yang sangat akrab. Hubungan ini kemudiannya dibebani oleh perasaan cinta yang tersembunyi, lantas menimbulkan konflik yang meruntuhkan persahabatan mereka. Dalam diam, Kid menjalinkan hubungan cinta dengan Ariyana dan membelakangi Dani. Kepura-puraan ini terbongkar apabila Suzi (Betty Benafe), perempuan simpanan Big Daddy, yang juga bekas kekasih Kid muncul kembali menagih harapan dari Kid. Suzi menghalang perhubungan Kid dan Ariyana kerana dia mahu Kid membantunya melarikan diri dari Big Daddy. Ariyana kecewa dengan tindak-tanduk Kid, lantas memutuskan perhubungan mereka berdua. Dani pula menghilangkan diri setelah rasa dikhianati dan diperbodohkan oleh Kid dan Ariyana. Atas tekanan dan godaan Suzi, Kid terpaksa juga membantu Suzi melarikan diri. Namun tidak semudah itu. Abang Kecik (Eman Manan), orang paling kanan Big Daddy mula menjejaki mereka. Keadaan semakin genting apabila tindakan mereka menjadi haru biru dan di luar kawalan.
Pelakon: Que Haidar, Dynas, Ijoy Azhari, Betty Banafe, Eman Manan
Konsert Anuar Zain: 3 Dekad, 5.00 petang
Saksikan konsert mega penyanyi terkenal negara, Anuar Zain yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 17 Februari 2013. Sepanjang 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni, inilah kali pertama Anuar Zain muncul dengan konsert solonya sendiri yang dinamakan Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta & Sanubari. Antara selebriti lain yang membuat penampilan khas ialah Adibah Noor, Dina Nadzir dan Elvira serta Nora Danish.
Anaconda 3: Offspring, 10.00 malam
Sepasang anaconda yang menjadi objek eksperimen secara rahsia di sebuah makmal telah melepaskan diri dan menimbulkan huru-hara di kawasan luar bandar. Kemunculan bukan sahaja menimbulkan huru hara malah kedua-dua reptilia itu bertindak ganas dengan menyerang dan makan apa sahaja yang dijumpai. Hammet telah bekerjasama dengan Amanda, saintis yang menjalankan kajian tentang spesis ular ini untuk menghalang ular-ular itu memasuki bandar. Hammet dan Amanda semakin kesuntukan masa kerana ular betina itu bakal bertelur dan anak-anak ular yang bakal dilahirkan akan menjadi mimpi ngeri kepada manusia nanti.
Pelakon: David Hasselhoff, Crystal Allen, Ryan McCluskey, Patrick Regis, Anthony Green
31 Disember 2013 (Selasa)
Transfomers: Dark of the Moon, 9.00 malam
Robot Ark yang terbenam di bulan bangkit sekali lagi bersama-sama konconya untuk menyerang dan memusnahkan Bumi. Perjalanan filem ini lebih kepada kebangkitan ketua Autobots, Sentinel Prime yang dianggap berkuasa dalam membangunkan semula Cybertron yang musnah selepas pertempuran antara Autobots dan Decepticons. Permulaan cerita mengimbau kembali kemusnahan Cybertron pada 1960 yang menyebabkan Sentinel bertindak melarikan diri bersama beratus-ratus teras dengan kapal angkasa, Ark bagi membangunkan semula Cybertron. Namun, Ark berjaya dimusnahkan oleh Decepticons lalu terhempas di bulan. Kapal angkasa Apollo 11 yang membawa manusia pertama mendarat di bulan bagi menyiasat perkara terbabit turut menghadapi masalah. Pembongkaran rahsia itu bukan sahaja memperlihatkan pertarungan antara Autobots dan Decepticons tetapi juga membawa kemusnahan kepada bumi.
Pelakon: Shia LeBeouf, Josh Duhamel, John Turturro, Tyrese Gibson, Rosie Huntington-Whiteley, Patrick Dempsey, Kevin Dunn, Julie White, John Malkovich, Frances McDormand.
1 Januari 2014 (Rabu)
Stardust, 9.00 malam
Tristan Thorn mahu mencari bintang yang jatuh dari langit untuk dihadiahkan kepada Victoria dan seterusnya melamarnya. Bintang itu jatuh di sebuah kerajaan magis, Stormhold yang terletak bersebelahan dengan sebuah perkampungan biasa di England iaitu Wall Village. Ayah Tristan, Dunstan telah membongkarkan rahsia bahawa ibu kandung Tristan sebenarnya Puteri dari Stormhold, Una. Dengan menggunakan ‘Babylon candle’ yang dapat menjejaki lokasi bintang itu, Tristan berjaya mendapatkan bintang itu. dia tidak menyangka bahawa bintang itu sebenarnya jelmaan seorang gadis yang cantik dan mempunyai kuasa magis iaitu Yvaine. Yvaine juga menjadi buruan ahli sihir perempuan yang mahukan hatinya supaya kekal muda. Tristan telah merantaikan Yvaine untuk membawanya pulang berjumpa dengan Victoria. Namun, perjalanan pulang ke Wall Village tidak semudah yang disangka kerana Tristan perlu berhadapan dengan serangan ahli sihir yang mahukan hati Yvaine.
Pelakon:Claire Danes, Charlie Cox, Sienna Miller, Jason Flemying, Mark Strong, Rupert Everett, Peter O’Toole, Michelle Pfeiffer, Robert De Niro
Teruskan menonton program-program terbaik menerusi TV3 dan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2014! Penonton yang terlepas menyaksikan program-program TV3 boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Layari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my dan laman social Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.