in

AirAsia Zest Mendarat di Kota Kinabalu Dari Cebu Filipina

Masyarakat di Sabah kini boleh terbang ke destinasi yang baru dengan ketibaan pesawat penerbangan sulung AirAsia Zest di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Cebu, Filipina dan merupakan destinasi ke-10 Kumpulan AirAsia ke Bandar Resort Alam Semulajadi di Sabah ini.

Pesawat Z2 191 tiba tepat pada jam 1205 waktu tempatan bersama 150 penumpang, termasuk rakan media & blogger dari Filipina yang akan melawat Kota Kinabalu menerusi kolaborasi AirAsia bersama Sabah Tourism Board.

Tetamu yang tiba dari Cebu menerusi penerbangan sulung ini dijemput oleh Yang Berhormat Datuk Teo Chee Kang, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah; Yang Berhormat Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Sabah Tourism Board; Yang Berbahagia Datuk Irene Charuruks, Pengurus Besar, Sabah Tourism Board bersama Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.

Maan Hontiveros, Ketua Pegawai Eksekutif, Philippines’ AirAsia yang mewakili AirAsia Zest juga turut serta dalam penerbangan sulung ini dan tiba di Kota Kinabalu melalui Penerbangan Z2 191 dengan tetamu-tetamu yang lain.

Laluan baru ini beroperasi 3x seminggu pada hari Selasa, Khamis, dan Sabtu dan bersempena dengan kejayaan penerbangan sulung ini, AirAsia menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula daripada RM90 sehala dari hari ni sehingga 29 Disember 2013. Tetamu boleh memulakan perjalanan dari 20 Dis 2013 – 28 Feb 2014 dan promosi istimewa ini boleh didapati menerusi laman web www.airasia.com.

Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar berkata, “Ini merupakan satu lagi kejayaan yang baik dan pembangunan yang hebat bagi Malaysia Timur, kesinambungan dari sambutan penerbangan sulung dari Manila ke Miri pada 7 Disember yang lepas, satu-satunya laluan yang dioperasi oleh syarikat penerbangan di rantau ini. Kami berbangga dengan syarikat penerbangan gabungan kami AirAsia Zest kerana merapatkan jurang antara Malaysia dan Filipina yang akan dapat membantu meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara dan merapatkan hubungan antara masyarakat ini.”

Maan Hontiveros, Ketua Pegawai Eksekutif, Philippines’ AirAsia berkata, “Komitmen kami terhadap hubungan bersama AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, adalah bagi membangun syarikat penerbangan yang memberi nilai hebat dan akan memenuhi keperluan perlancong-perlancong dari Filipina dan pekerja-pekerja di luar negara. Menerusi laluan penerbangan Cebu ke Kota Kinabalu ini, pengangkutan udara yang menghubungkan Queen City of the South dan Kota Kinabalu dan dari pelbagai tempat di rantau ini di mana ramai masyarakat Filipina mengalami jaringan perhubungan yang kurang memuaskan dan kadar tambang yang tinggi, akan bertambah baik.”

Para perlancong ke Cebu, Filipina akan teruja mengetahui tentang bandar yang terkenal dengan pantai-pantai yang bersih, pusat-pusat membeli-belah dan resort yang bertaraf tinggi. Antara bandar yang paling membangun di Filipina, Queen City of the South juga adalah hub bagi industri pendidikan, perlaburan, perniagaan, perdagangan dan perbankan selain di Metro Manila. Gempa bumi yang melanda baru-baru ini tidak menggangu Cebu dan para perlancong tempatan dan antarabangsa terus berkunjung ke tempat ini yang mempunyai pelbagai tarikan seperti tinggalan-tinggalan sejarah, pusat makanan, dan festival muzik, pesta dan hiburan-hiburan pada waktu malam yang tidak dapat dilupakan.

Kota Kinabalu, adalah pusat bandar bagi Negeri Sabah di Malaysia. Bandar yang menakjubkan dengan pantai yang menarik dan kaya dengan sejarah serta tradisi yang sering memanggil para perlancong tempatan dan antarabangsa bagi meneroka hutan hujan tropika, ekosistem alam semula jadi, terumbu karang yang menakjubkan dan kepelbagaian budaya di sini. Peminat aktiviti mendaki dari serata dunia juga berkunjung ke mercu tanda Kota Kinabalu yang sangat popular iaitu Gunung Kinabalu tersegam indah setinggi 4095 meter dari paras laut. Untuk maklumat lanjut sila layari: http://www.airasia.com/my/en/destinations/kota-kinabalu.page
Untuk perkembangan terkini mengenai produk dan perkhidmatan terbaru dari AirAsia ikutilah di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dana Krishen Jit-Astro Anugerahkan Geran Kepada Penggiat Seni Tempatan

Pelancaran Album HAVOC Joe Flizzow Memang Havoc