in

CEO Maxis Ajak Follower Chit Chat di Twitter Hashtag #MortenMaxis

Nampaknya, Twitter bukan sahaja menjadi medan untuk kita semua mendapatkan informasi terkini. Malah, sekarang ini kebanyakan syarikat korporat sedar dan peka tentang peranan Twitter yang sebenarnya lebih dari sekadar menyampaikan luahan rasa. Mereka dah faham dan sekarang ni dah tahu, Twitter dan media sosial yang lain ada impak yang sangat besar tentang produk yang dijual. Jika sesuatu produk itu dikritik oleh ramai pengguna di Twitter ini akan menjejaskan jualan. Begitu juga dengan filem, jika filem itu mendapat komen yang negatif kemungkinan besar ramai yang baca Twitter tu, tak mahu menonton ke pawagam semata-mata percaya dengan komen negatif tersebut.

maxis-ceo

Peluang Untuk Bertanya Soalan Kepada CEO Maxis

[dropcap]T[/dropcap]erbaru, menyedari peranan Twitter, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Mr Morten Lundal sejak 1 Oktober 2013 – mengajak kita semua untuk berbual bersama pengikut Twitter untuk menjawab soalan dan mendapatkan maklum balas.

Selama satu jam, Morten secara langsung akan berinteraksi dengan pelanggan melalui syarikat pengendali Twitter @MaxisComms. Gunakan hashtag #MortenMaxis untuk menanyakan soalan anda dan suarakan pendapat anda mengenai perkara-perkara yang berkaitan Maxis.

Berikut adalah butir-butir jika anda mahu untuk berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif Maxis melalui Twitter :

Tarikh : 20 Disember 2013 ( Jumaat)
Masa: 11:00-12:00 (1 jam)

Satu nasihat sedikit di sini, jangan mengharapkan Mr Morten akan menjawab soalan setiap anda. Budiey percaya team media sosial Maxis atau PR akan menapis Twitter soalan anda. Apa yang Budiey harapkan segala yang dibuat oleh Maxis sangat telus dan sekurang-kurangnya sessi ini membantu pelanggan Maxis lebih memahami produk dan servis yang disediakan oleh Maxis.

Kepada yang tidak kenal dengan Morten Lundal, berusia 48 tahun, Norway, adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Maxis Berhad. Beliau mempunyai lebih 16 yeras pengalaman dalam industri telekomunikasi. Sebelum menyertai Maxis, Morten merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi beberapa syarikat, termasuk DiGi. Beliau juga adalah CCO dari Vodafone Group Plc.

Jadi, apakah soalan yang selalu bermain di fikiran tentang Maxis?

By the way, anda juga boleh bertanya kepada saya apa sahaja di @Budiey. Follow jangan tak follow ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jenazah Azean Irdawaty Selamat Dikebumikan

Adi Putra Tak Mahu Layan Permintaan Suami Noraida