Pelakon Tasha Shilla menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia bercium dengan jejaka yang rapat dengannya iaitu Hans. Hey mana ada! Diorang mana ada cium-cium nih. Mana buktinya?
“Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Tetapi saya bersama dengan rakan artis lain seperti Sharifah Shakinah. Saya datang sebab dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah radio baru.”
Jelas Tasha, 26, gosip yang tersebar itu tidak masuk akal dan dan merepek kerana mustahil dia melakukan perkara yang tidak sopan itu di khalayak ramai tambah-tambah ketika menghadiri majlis rasmi.
“Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar dan akan memalukan diri saya dan keluarga.”
Tambah Tasha lagi, hubungannya bersama jejaka bertatu itu hanyalah kawan biasa dan tidak lebih dari itu.
Terdahulu, gosip itu timbul selepas Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak dilaporkan tanpa segan silu melakukan perbuatan mesra bersama peninju Muay Thai itu di sebuah kafe hotel ternama di Kuala Lumpur.