Budiey kira, ini satu-satunya peluang untuk anda berjumpa dengan mereka di mana lagi kalau bukan Grand Final Cabaran Dashing 2013 yang akan diadakan pada 13 Disember ini.
Di sini, Budiey ingin mencari 5 orang pemenang di mana setiap pemenang akan diberi dua keping pass bagi menyaksikan perlawanan akhir Cabaran Dashing. Selain dapat pass untuk hadir di Grand Final Cabaran Dashing 2013, anda juga akan membawa pulang satu Kit Keyakinan Dashing setiap seorang.
Jika anda masih ingat lagi, Cabaran Dashing 2013 kali ini memperkenalkan dua bintang bola sepak pasukan Selangor FA, Afiq Azmi dan Bunyamin Umar masing masing merupakan penyerang dan permain pertahanan pasukan tersebut bersama-sama teraju utama jenama Dashing For Men Remy Ishak dan Henry Golding bagi musim ini.
Kali ini Cabaran Dashing 2 memberi peluang kepada para peminat sukan ini dan para media untuk merasai pengalaman dan menguasai teknik untuk menjaringkan gol dibawah cahaya neon. Cabaran Dashing 2 adalah platform inovatif dalam melahirkan indiividu berkeyakinan dan bertenaga melalui perlawan futsal yang mencabar dan ekstrem. Ia mampu membuatkan tubuh badan anda lebih bertenaga dan kunci kepada keakraban persahabatan.”
Musim kedua bakal memperlihatkan ketangkasan beraksi dibawah cahaya neon untuk memenangi hadiah utama wang tunai RM 10,000.00 dan peluang esklusif untuk melawat studio produksi Astro Sports HD.
Berlangsung sepanjang bulan November lalu, Cabaran Dashing 2 telah mengumpulkan pasukan futsal neon terbaik melalui perlawananan wilayah Cabaran Dashing 2 di mana mereka telah berentap di pusingan separuh akhir sebelum membolosi lawang gol lawan pada pusingan separuh akhir sebelum beraksi di pusingan akhir Cabaran Dashing 2 pada 13 Disember 2013 nanti dan adakah pasukan neon mereka bernilai RM10,000.00?
Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Dashing 2 sila layari: www.cabarandashing.my.
Peraduan Pass Cabaran Dashing 2013 Grand Final
Sensasi Selebriti dengan kerjasama Dashing For Men ingin menghadiahkan 5 pass jemputan ke Grand Final Cabaran Dashing 2013 berserta Kit Keyakinan Dashing setiap seorang yang akan diadakan pada 13 Disember ini untuk pembaca yang menjawab soalan di bawah dengan tepat bersama slogan PALING KREATIF.
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook & Twitter milik anda, tulis apa sahaja pendapat atau keterujaan anda tentang Cabaran Dashing 2013 di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook Dashing For Men.
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan anda perlu:
- Jawab soalan dengan betul dan tepat. Tulis slogan anda itu pada ruangan komen di entri blog ini.
- Hantar slogan itu ke emel budiey.
- Akhir sekali anda WAJIB juga tweet slogan paling kreatif yang anda reka itu di Twitter anda dengan tag @budiey & @DASHINGmen
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #DashingNeonFutsal2. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Tweet Slogan: Saya mahu hadir ke #DashingNeonFutsal2 kerana… (tidak lebih dari 140 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Lengkapkan slogan ini dengan kreatif:
Saya mahu hadir ke #DashingNeonFutsal2 kerana…
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Pass Cabaran Dashing 2013 Grand Final
Tarikh tutup peraduan:
10 Disember 2013
SYARAT & PERATURAN:
- Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
- Semua pemenang akan dihubungi melalui email & Twitter.
- Pemenang perlulah memberikan butir-butir peribadi yang lengkap seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat, Nombor Telefon dan Alamat E-mel sebelum layak memenangi tiket yang ditawarkan
- Pemenang perlulah menjawab soalan yang diberikan dengan tepat dengan slogan paling kreatif untuk memenangi tiket yang ditawarkan
- Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan. Mereka yang menghantar lebih dari satu akan dibatalkan kelayakan.
- Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan pihak penganjur mempunyai hak untuk menukar hadiah dengan sesuatu yang mempunyai nilai yang sama tanpa notis terdahulu.
- Keputusan juri adalah muktamad.
- Pihak penganjur adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang dihantar oleh para peserta dan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi dalam pertandingan ini
- Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Blog Sensasi Selebriti.
- Pihak penganjur berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Dashing For Men kerana sudi memberi hadiah ini kepada pembaca Budiey.com.
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.