Keputusan 3 permohonan Norish Karman ditetapkan 20 Ogos
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan 20 Ogos depan sebagai tarikh keputusan ke atas tiga permohonan yang telah difailkan oleh pelakon Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.
Tiga permohonan tersebut adalah permohonan mendapatkan nafkah sementara, tuntutan harta sepencarian dan permohonan mengenepikan perintah menghalang Norish dan anak-anak berjumpa kekasihnya, Luqman.
Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad sebelum ini telah menetapkan hari ini sebagai tarikh keputusan, namun telah menangguhkan ke tarikh 20 Ogos depan kerana masih belum bersedia untuk membuat keputusan.