Komposer popular, Ajai (36 tahun) dan kekasih hatinya, Liza (37 tahun) akan berkahwin pada 15 Ogos ini. Tahniah~! Semoga bahagia dan kekal hingga akhir hayat. Dah lama dah diorang ni plan nak kawin tapi sebab terlalu sibuk, mereka terpaksa tangguh. Mereka pun terpaksa tarikh yang sesuai.
Masa Anugerah Juara Lagu ke-23 lalu kat Bukit Jalil, Budiey ada ambik gambar Ajai dan Liza melalui red karpet.
Majlis akad nikah mereka akan diadakan di Masjid Negeri Pulau Pinang sekitar pukul 10 pagi manakala sebuah majlis doa selamat akan turut diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang. Sebanyak 7 dulang hantaran akan diberikan kepada pihak perempuan berbalas 9 dulang.
Mereka takkan bersanding sebab memadailah buat yang wajib sahaja. Elokla jugak tu. Ringkas dan bersederhana.
Camna Liza boleh tertarik dengan Ajai?
“Kagum sebab dia sangat kreatif. Dia suka bergurau dan pandai memasak.”
Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Ajai yang pernah berkahwin dengan penyanyi popular Nurul, sebelum ini. Pasangan yang bercerai pada awal tahun 2007 itu turut dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 11.
Apa-apa pun, semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar.