in

Gossip: Artis Popular Makan Hati Suami Baran

Dengarnya… Artis popular makan hati suami baran
Dipetik dari Berita Harian

KATA orang kalau sudah berkahwin dengan selebriti, baik buruk, tempiasnya akan kena juga. Tak kiralah sama ada awak itu kekasih, tunang, suami, isteri atau adik beradik si selebriti, sedikit sebanyak pasti akan terkait sama terutama kalau timbul cerita yang kurang elok. Kisah yang Cik Normah nak sampaikan ini ada kena-mengena dengan suami kepada seorang artis popular.

Suami si artis ini juga boleh tahan popularnya kerana sejak dia berkahwin dengan si selebriti ini, banyak jugalah cerita kurang manis yang sampai ke telinga Cik Normah.

Iyalah, macam mana Cik Normah tak kata dia popular, selain perangainya yang macam pijak semut tak mati ni dia juga dikatakan sebagai seorang yang panas baran. Kalau dia tak suka sesuatu, mudah saja perasaan itu terpancar di wajahnya. Khabarnya artis itu tahu yang suaminya itu panas baran, tapi dia terpaksa telan segala-galanya demi menjaga hati banyak pihak.

Pendek kata, selalu jugalah artis ini makan hati dengan suaminya. Dan terbaru yang Cik Normah dengar ekoran sikap panas baran suami selebriti itu, dia terpaksa diarahkan majikannya untuk menjalani rawatan pengurusan amarah dan juga tekanan di sebuah hospital swasta. Iyalah, macam mana tak disuruh jika panas barannya itu melarat-larat hingga membabitkan orang lain di tempat kerja. Daripada apa yang Cik Normah dengar, si mamat ni memang suka cari fasal dengan orang bawahannya.

Cerewet tak tentu fasal dan ada saja yang tak kena di matanya. Dan disebabkan sikapnya itu jugalah menyebabkan ramai orang tak puas hati lantas mengadukan perbuatannya itu kepada pihak atasan sehingga menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan sedemikian. Kelakar sungguh Cik Normah mendengarnya dan pada masa yang sama simpati juga kerana tak fasal-fasal ada rekod ala pesakit jiwa begitu.

Tapi tak mengapa, Cik Normah lihat perkara itu sebagai sesuatu positif. Semoga selepas ini, suami si selebriti ini akan berubah menjadi seorang yang lebih penyabar pada masa akan datang. Sampai bila nak ikut perasaan marah tak tentu fasal. Harapan Cik Normah biarlah dia lebih tenang dan menjadi suami yang lebih penyayang serta majikan yang lebih dihormati oleh anak buahnya. Amin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Sikap Artis Mengada-Ngada?

Pelakon Wanita Popular dalam Sinema Jumaat TV2