Cabaran Dashing 2 – perlawanan futsal neon pertama di Malaysia anjuran jenama produk penjagaan dan penampilan diri lelaki terulun tempatan Dashing For Men kembali untuk musim yang kedua. Dilancarkan pada 3 September 2013, memperkenalkan dua bintang bola sepak pasukan Selangor FA, Afiq Azmi dan Bunyamin Umar masing masing merupakan penyerang dan permain pertahanan pasukan tersebut bersama-sama teraju utama jenama Dashing For Men Remy Ishak dan Henry Golding bagi musim ini. Kali ini Cabaran Dashing 2 memberi peluang kepada para peminat sukan ini dan para media untuk merasai pengalaman dan menguasai teknik untuk menjaringkan gol dibawah cahaya neon.
[pullquote align=”right”]Menjaring gol hanya diterangi cahaya Neon – Tips daripada pemain bola sepak dan jurulatih tersohor Malaysia[/pullquote]
Penganjuran klinik futsal ini juga selari dengan objektif pihak penganjur Dashing For Men – dalam memastikan musim kedua ini lebih hebat dan membawa mesej berdaya saing antara satu sama lain di bawa bimbingan professional. Rusdi Suparman, bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pemenang Anugerah Premier League Malaysian Golden Boots” mengetuai sesi latihan di klinik futsal neon Cabaran Dashing 2.
Klinik futsal ini juga memberikan peluang kepada para peserta untuk melihat bintang pasukan Selangor FA Afiq Azmi dan Bunyamin Umar menunjukkan demonstrasi asas futsal seperti menghantar, menggelecek, menghalang dan menyerang. Teknik dan tips yang dipelajari telah diuji melalui sesi perlawanan persahabatan antara media dan peminat.
Afiq Azmi dan Bunyamin Umar sepakat berkata:
“Kami melihat Cabaran Dashing 2 sebagai sebuah platform inovatif dalam melahirkan indiividu berkeyakinan da bertenaga melalui perlawan futsal yang mencabar dan ekstrem. Ia mampu membuatkan tubuh badan anda lebih bertenaga dan kunci kepada keakraban persahabatan.”
“Sebagai pemain bola sepak profesional, pengalaman beraksi dibawah lampu neon ini adalah unik dan tersendiri dari segi profesional mahupun peribadi. Pada masa yang sama ia menyeronokkan dan juga mencabar keyakinan serta ketangkasan anda membolosi pertahannan lawan. Kami mahu anda, semua peminat futsal diluar sana untuk menjadi yang pertama merasai pengalaman neon ini.”
Klinik futsal ini juga merupakan hadiah kepada 15 pemenang peraduan Aplikasi Cabaran Dashing 2 di laman facebook Dashing For Men. Pemenang utama Ahmad Adlyn Othman amat teruja bukan sahaja untuk menyertai klinik futsal ini malah diberi peluang untuk beraksi bersama Remy Ishak dan Henry Golding sebagai Dashing All Stars di perlawanan akhir Cabaran Dashing 2 Disember nanti. Abdul Syamil Abd Nashir kapten kepada pasukan futsal neon beliau turut mengambil peluang menyertai klinik futsal ini untuk mempersiapkan pasukan beliau.
Musim kedua bakal memperlihatkan ketangkasan beraksi dibawah cahaya neon untuk memenangi hadiah utama wang tunai RM 10,000.00 dan peluang esklusif untuk melawat studio produksi Astro Sports HD.
“Sebagai sebuah sukan yang kegemaran setiap kaum lelaki, kami amat berbangga kerana mejadi pelopor kepada sukan ini dengan memberikan cabaran dan kelainian melalui perlawanan futsal neon yang mencabar anda dari segi fizikal dan mental untuk menjaringkan gol hanya diterangi cahaya neon. Justeru itu, kami menjangkaui batasan sukan dengan melalui aspirasi sukan melalui pengalaman di Klinik Futsal Cabaran Dashing 2 – Jelas Encik Rishi Pahwa, Pengurus pemasaran Wipro Unza (M) Sdn Bhd.
November ini, Cabaran Dashing 2 akan mengumpulkan pasukan futsal neon terbaik melalui perlawananan wilayah Cabaran Dashing 2 dimana mereka akan berentap dipusingan separuh akhir sebelum membolosi lawang gol lawan pada pusingan separuh akhir sebelum beraksi dipusingan akhir Cabaran Dashing 2 pada 13 Disember 2013 nanti dan adakah pasukan neon mereka bernilai RM10,000.00? untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Dashing 2 sila layari www.cabarandashing.my.