in

Masterchef Malaysia All Stars Tampil Selebriti Popular

Bertitik tolak daripada kejayaan program realiti berteraskan masakan yang telah berjaya mencipta fenomena tersendiri iaitu Masterchef Malaysia, pihak Astro Ria dengan berbesar hati mempersembahkan sebuah lagi program di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Masterchef Malaysia ALL STARS yang bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam bermula 23 November ini secara eksklusif menerusi saluran 104.

Masih mengekalkan konsep dan format yang sama seperti musim yang pernah diterbitkan sebelum ini, program Masterchef Malaysia ALL STARS ini akan menghimpunkan 20 orang bekas peserta pilihan ramai atau ‘favourite’ yang diundang semula untuk ‘berperang’ di dapur.

Masterchef Malaysia All Stars Tampil Selebriti Popular

[pullquote align=”right”]Masterchef Malaysia All Stars menampilkan 10 selebriti popular & 10 bekas peserta ‘favourite’ musim terdahulu sedia untuk ‘berperang’ dengan hidangan pembalasan November ini![/pullquote]

Para peserta harus berdepan dengan pelbagai cabaran untuk menyediakan hidangan setiap minggu lantas menerima kritikan serta penilaian daripada para juri dan semua ini dilakukan dengan hasrat yang murni untuk membantu dana badan-badan kebajikan yang mereka wakili.

20 orang peserta yang telah diundang secara khas ini adalah terdiri daripada 10 selebriti popular yang pernah menyertai program Masterchef Selebriti Malaysia iaitu Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Celina Khor, Sharifah Shahora, Michael Ang, Syanie dan Enot serta 10 orang bekas peserta Masterchef Malaysia iaitu Brian, Imelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni , Ary Malik dan Shahriah.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria; Encik Raqim Ahmad:

“Selari dengan aspirasi Astro untuk menjadi peneraju kandungan utama di negara ini, pihak kami sentiasa mencari peluang untuk terus memperbaharui pengisian kandungan tempatan yang ditawarkan bagi mempertingkatkan nilai kedudukan di pasaran demi memenuhi corak permintaan para pelanggan.

Oleh yang demikian, kami tidak teragak-agak untuk membawakan program Masterchef Malaysia ALL STARS khas untuk tontonan semua kerana kami percaya program ini mampu mengangkat bidang seni kulinari ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi di samping mahu meneruskan inisiatif kami yang ingin menghiburkan dan beramal pada masa yang sama.

Menariknya, untuk musim yang terbaharu ini kesemua 20 orang peserta ini bukan sahaja disatukan di dapur untuk mengejar misi yang sama, tetapi juga untuk beramal yang mana setiap peserta yang terlibat akan menyumbangkan wang yang mereka menangi kepada badan-badan amal yang diwakili. Kami berasa amat gembira dan berterima kasih dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh kesemua yang terlibat untuk menjayakan program ini.

Membawa tema ‘Hidangan Pembalasan’, kami berasa amat teruja dan tidak sabar untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing para peserta musim ini yang kini kembali dengan peluang kedua bagi menyahut cabaran untuk beraksi di dapur MasterChef Malaysia ALL STARS. Kami amat yakin dan percaya bahawa akan berlaku persaingan yang sangat sengit di antara mereka berdasarkan kemahiran dan kelebihan yang ada pada setiap peserta ini.”

Sementara itu, gabungan tiga juri daripada musim yang terdahulu turut dikekalkan untuk MasterChef Malaysia ALL STARS. Mereka adalah Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran. Tiga orang chef yang berpengalaman dalam penyedian makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini bakal menilai masakan para peserta sepanjang musim ini. Pengalaman serta sumbangan mereka terhadap program ini sangat bernilai dan komitmen mereka pastinya akan mengekalkan standard juga meningkatkan kualiti program ini.

Selain daripada konsep dan juri yang dikekalkan, Panasonic juga akan sekali lagi meneruskan tanggungjawab mereka dalam menjadi penaja utama MasterChef Malaysia ALL STARS.

“Kami juga amat berterima kasih dengan kehadiran pihak penaja, Panasonic kerana telah membantu merealisasikan penerbitan program MasterChef Malaysia ALL STARS. Persetujuan mereka dalam memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada program ini dilihat dapat menyemarakkan musim ini.”

Kini, para penonton boleh menyaksikan pelbagai ujian dan rintangan yang dilalui kesemua peserta ini. Sebanyak enam program akan ditayangkan selama seminggu iaitu Peti Saji Misteri & Ujian Cipta Rasa (Sabtu), Ujian Penyingkiran (Ahad), Cabaran Berkumpulan/Cabaran Luar (Isnin) dan Ujian Penyingkiran (Selasa). Kesemua program ini akan ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) tepat jam 9.00 malam.

Untuk mendapatkan info terkini dan video eksklusif MasterChef Malaysia ALL STARS, sila layari www.Masterchef.com.my dan di laman facebook www.facebook.com/MasterChefMalaysia serta di twitter https://twitter.com/MasterchefMY

Jangan lupa menyaksikan MasterChef Malaysia ALL STARS dan perjalanan 20 orang peserta ini pada setiap hari Sabtu hingga Khamis, jam 9.00 malam mulai 23 November 2013 secara eksklusif hanya di Astro Ria (Saluran 104). Selamat menonton!

Masterchef Malaysia All Stars Tampil Selebriti Popular

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Episod Akhir Love You Mr Arrogant Cecah 4.6 Juta Penonton

Peraduan Muzik Video Kalau Aku Kaya Awi Rafael & Altimet