Rangkaian Televisyen Media Prima hari ini mengorak langkah dengan strategi yang lebih meluas yang akan memacu pertumbuhan dan mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dan kumpulan media bersepadu yang terbesar melalui pengukuhan kandungan inovatif dan pelbagai program televisyennya. Media Prima mengintai peluang untuk menjadi rakan kepada jenama-jenama dan menggunakan televisyen sebagai peneraju untuk melaksanakan kempen-kempen pemasaran bersepadu.
Rangkaian Televisyen Media Prima Memperkukuh Kandungan dan Program TV di Pelbagai Platform Media
Menurut kata Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad:
“Media Prima berada di kedudukan yang baik untuk menawarkan televisyen sebagai pendekatan pertama di dalam memacu kempen-kempen pemasaran bersepadu yang efektif, berdasarkan saluran-saluran TV utama milikannya, dengan jumlah penonton yang paling tinggi di Malaysia. Dengan memberi lebih penekanan kepada pemasaran bersepadu yang kami tawarkan, jenama-jenama boleh meluaskan kempen mereka untuk menggapai audien sasaran umum melalui platform-platform media, termasuk melalui tonton, media cetak, radio, pengiklanan luar dan media sosial.”
Ini terbukti melalui kejayaan yang dicapai oleh kempen Ramadan dan Raya baru-baru ini. Bagi lima hari pertama Hari Raya, Media Prima telah mencapai 76 peratus atau 10 juta penonton Melayu dan mencapai 34.2 peratus audien sasaran iaitu yang berumur dalam lingkungan 15 – 34 tahun berbanding 18.2 peratus oleh rangkaian-rangkaian lain.
Kempen ini diterajui oleh kandungan kreatif yang disampaikan melalui TV3 dan TV9, di mana TV3 memiliki 98 daripada 100 program utama di seluruh rangkaian telelvisyen, menurut rating sepanjang musim. Kejayaan yang sama diraih di dalam media online dan sosial untuk lagu tema Raya, “Anugerah Syawal” oleh Bunkface menerima lebih 1 juta paparan video muzik melalui You Tube dan interaksi meluas di dalam Twitter dan Instagram.
“Kunci utama yang memacu kejayaan kempen-kempen ini adalah untuk memastikan kami mempunyai kandungan yang inovatif untuk merangsang dan menarik perhatian para penonton. Media Prima terus menjadi tarikan bagi program-program TV di Malaysia, meliputi pelbagai genre. Fokus kami adalah untuk menambah bilangan proram-program berkualiti, termasuk rancangan realiti TV dan siri drama, serta menganjurkan acara tapak atau karnival yang dapat menemukan jenama dan audien bersama.”
Di dalam mengekalkan momentumnya yang mendominasi pasaran Melayu yang meluas, Media Prima terus menyajikan kandungan yang mendapat rating tinggi seperti Liga Lawak Superstar TV3 yang mempunyai penonton melebihi 1.5 juta dan Drama Akasia TV3 – Love You Mr. Arrogant yang mencecah 3.2 juta penonton, juga lebih 3.4 juta tontonan video menerusi Tonton.
Untuk suku seterusnya, jenama-jenama boleh mengambil peluang seiringan dengan program-program popular, termasuk slot drama yang mendapat rating tinggi seperti Azalea, Akasia dan Zehra di TV3. Program-program utama lain adalah seperti Projek Metro, sebuah rancangan realiti TV di dalam pencarian personaliti yang unggul di dalam industri penyiaran dan program realiti kanak-kanak nombor 1 di Malaysia, Idola Kecil Musim 6 di TV9.
Selain program-program tempatan, Media Prima juga menayangkan program-program terbitan luar negara yang mencatatkan rating tinggi termasuk siri drama Korea yang disiarkan di ntv7, 8TV dan TV9. Antara judul-judul yang popular termasuklah Sung Kyun Kwan Scandal, Innocent Man dan 7th Great Civil Servant.
Suku terakhir tahun ini akan menampilkan dua daripada program anugerah rangkaian televisyen yang terbesar yang mengiktiraf program dan filem terbitan tempatan, iaitu Shout! Awards di 8TV dan Anugerah Skrin di TV3. Shout! Awards akan meraikan dunia hiburan tanahair pada 9 November, manakala program anugerah paling berprestij, Anugerah Skrin, dijadualkan pada 29 November.
Dipersembahkan di bawah payung Bananana!, para pelajar boleh menantikan acara Hari Kantin, iaitu satu-satunya ground event dan yang pertama dalam negara yang memupuk kemahiran keusahawanan di kalangan kanak-kanak.Sebanyak 15 sekolah utama telah dipilih untuk bertanding dalam projek kantin terunggul pada 9 November di Sri Pentas. Sebagai tambahan, Media Prima akan melabuhkan tirai tahun ini dengan Karnival Jom Heboh pada 28 dan 29 Disember di Sungai Petani. Dengan jumlah pengunjung yang mencecah 5 juta orang, karnival ini mempunyai reputasi sebagai acara paling besar di Malaysia.
Bulan November ini, Media Prima akan menggariskan hala tuju masa depan rangkaian televisyen yang bermatlamat untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju industri penyiaran Malaysia. Media Prima akan mempersembahkan kandungan inovatif utama dan barisan program utama bagi 2014. Para pengiklan dan penonton akan dapat melihat strategi masa depan yang memberi fokus kepada kandungan baru dan pelbagai platform media di kesemua empat stesen televisyen dengan rating tertinggi di Malaysia, dan integrasi dengan platform-platform media yang mantap di Media Prima, merangkumi TV, Radio, Digital, Cetak dan Pengiklanan Luar.