in

Radio Suria FM Catat 2.23 Juta Pendengar

Semalam, merupakan tarikh penting bagi orang-orang yang bekerja di stesen radio seluruh Malaysia apabila keputusan bancian dibuat Nielse, kaji selidik oleh agensi penarafan itu dilakukan dari tempoh 2 September sehingga 27 September 2013 telah pun dikeluarkan. Persoalan, radio manakah yang mendapat tempat pertama menjadi radio nombor satu Malaysia. Semalam juga, Budiey menerima laporan daripada stesen Radio Suria FM. Saluran radio Suria FM mencatatkan 2.32 juta pendengar dan menduduki tempat keempat bagi stesen berbahasa Malaysia di negara ini selepas Era FM, Sinar FM dan Hot FM menerusi bancian dibuat Nielsen. Tahniah atas kejayaan ini.

KUDSIA KAHAR

Berdasarkan kaji selidik itu, pendengar Suria FM secara digital telah meningkat sebanyak 160 peratus dari 176,000 orang kepada 457,000 orang pada tahun ini.

Selain itu, Suria FM juga turut mencatatkan kenaikan sebanyak 12 peratus pendengar berpendapatan isi rumah di antara RM4,000 hingga RM5,000.

Stesen itu juga menerima peningkatan di kalangan kumpulan pekerja kolar putih sebanyak 13 peratus. .

Suria FM mengekalkan status stesen radio popular di Malaysia dengan catatan 2.23 juta pendengar tahun ini. Suria FM terus mantap menjadi diantara empat radio komersil berbahasa melayu teratas di Malaysia. Paling membanggakan apabila pendengar Suria FM secara digital telah meningkat sebanyak 160% dari 176,000 orang kepada 457,000 orang tahun ini.

Selain itu, Suria FM telah mencatatkan kenaikan sebanyak 12% pendengar berpendapatan isirumah RM4 ribu – 5 ribu. Kami juga telah menerima peningkatan di dalam kalangan kumpulan pekerja kolar putih sebanyak 13%. Pendengar eksklusif yang merupakan pendengar setia Suria FM telah meningkat sebanyak 19% menjadi 457,000 dari setahun ke setahun.

Di kawasan Selatan yang meliputi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, Suria FM telah mencatatkan kenaikan jumlah pendengar sebanyak 61,000 orang menjadi 461,000 orang tahun ini. Di samping itu, sehingga September 2013, laman web www.suriafm.com.my telah mencatatkan peningkatan sebanyak 52,513 orang apabila 151,441 orang telah melayarinya berbanding 98,928 orang pada Jun 2013.

Pendengar juga telah meluangkan masa selama 8 jam 52 minit untuk mendengarkan Suria FM dalam masa seminggu dan tidak terkecuali segmen Suria Cinta, telah mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi dari jam 10 malam hingga 2 pagi di dalam kalangan semua stesen radio berbahasa melayu iaitu sebanyak 3 jam 28 minit.

Kenyataan itu menyebut, pendengar eksklusif yang merupakan peminat setia Suria FM telah meningkat sebanyak 19 peratus menjadi 457,000 orang dari setahun ke setahun.

Bagi kawasan Selatan yang meliputi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, Suria FM telah mencatatkan kenaikan jumlah pendengar sebanyak 61,000 orang menjadi 461,000 orang pada tahun ini.

Di samping itu, sehingga September 2013, laman web www.suriafm.com.my telah mencatatkan peningkatan sebanyak 52,513 orang apabila 151,441 orang telah melayarinya berbanding 98,928 orang pada Jun 2013.

Pendengar juga telah meluangkan masa selama 8 jam 52 minit untuk mendengarkan Suria FM dalam masa seminggu.

Segmen Suria Cinta, kendalian deejay Lin yang ke udara dari 10 malam hingga 2 pagi mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi di kalangan semua stesen radio berbahasa Malaysia iaitu sebanyak 3 jam 28 minit.

Tahniah Suria FM!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kings Of Leon & Icona Pop To Rock The 2013 MTV EMA

Filem Frozen Guna Suara Liyana Jasmay, Marsha & Ray