Hadir bersama suami tercinta di APM 2009, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin telah memakai satu set gaun berwarna hitam dengan tali pinggang nipis berwarna ungu meliliti pinggangnya. Semasa persembahan lagu Cindai pula, Siti memakai busana yang lain.
Tahniah Siti kerana masih mengekalkan popularitinya di serantau Malaysia, Indonesia dan Singapura apabila memenangi kategori Artis Serantau Paling Popular APM 2009.